• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sabah Lupus Barang Kes Judi Siber Bernilai Lebih RM1.1 Juta

oleh Ahmad Albab
19/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah melupuskan sebanyak 6,185 barangan elektronik berkaitan judi siber yang dianggarkan bernilai lebih RM1.1 juta di Stor Barang Kes Berpusat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata semua peralatan yang merupakan komponen komputer itu melibatkan 141 kertas siasatan kes judi siber kendalian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sejak 2002 hingga 2015.

“Kesemua barang kes ini perlu dilupuskan kerana ia tidak digunakan lagi dan pada masa tindakan kes telah diselesaikan sepenuhnya.

“Pihak IPD Kota Kinabalu mengambil inisiatif melupuskan barangan tersebut menerusi kaedah E-waste sejajar dengan prosedur seliaan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya pada Majlis Pelupusan Barang-Barang Kes itu di sini hari ini.

Zaini berkata syarikat yang dilantik akan bertanggungjawab menguruskan penghantaran barang-barang berkenaan untuk dilupuskan di pusat pelupusan di Pulau Pinang.

Beliau berkata pelupusan barang kes melalui kaedah berkenaan adalah kali kedua dilakukan pada tahun ini selepas fasa pertamanya dilaksanakan pada 18 Okt lepas yang melibatkan sebanyak 1,380 barang kes berkaitan judi siber. – BERNAMA

Tags: judi siberpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd