• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perak Tumpas Makmal Dadah, Rampasan RM35j

oleh
06/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – Polis Perak melumpuhkan satu sindiket memproses dadah pelbagai jenis selepas menyerbu sebuah stor dan sebuah premis yang dijadikan makmal mini memproses dengan merampas dadah terbabit bernilai keseluruhan RM35 juta dan menahan empat ahli sindiket pada Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata makmal mini tersebut berselindung di sebalik premis pangsapuri di Taman Kolej Perdana di sini manakala tempat penyimpanan dadah terletak di sebuah stor di kawasan Perindustrian Gopeng.

“Empat lelaki warga tempatan berumur 26 hingga 39 tahun yang berada di stor semasa operasi pada 7.45 malam, 4 Dis turut ditahan dan direman bermula semalam hingga 11 Dis ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Turut dirampas sebanyak 676 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang telah dipek. Rampasan dadah ini dipercayai untuk pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini hari ini.

Serbuan tersebut dilakukan dengan kerjasama JSJN Bukit Aman dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Kata Mohmad, siasatan lanjut mendapati keempat-empat mereka negatif dadah namun dua daripada mereka memiliki rekod jenayah bersabit dadah.

​​​​​​​Rentetan itu, pihaknya telah membuat serbuan kedua di sebuah pangsapuri yang dijadikan makmal mini dan menemui pelbagai jenis dadah beserta peralatan memproses dadah pada pukul 1 pagi (Rabu).

“Tiada tangkapan dibuat namun kita berjaya merampas 20.4kg heroin, 2.6kg syabu, 3.6kg heroin ‘base’, 4,000 biji pil erimin 5, 187kg serbuk dan cecair bahan kimia serta sejumlah peralatan memproses dadah.

“Dalam kedua-dua operasi itu juga, kita turut menyita tiga buah kenderaan dan sejumlah barang kemas yang dianggarkan bernilai RM320,000,” katanya.

Menurut beliau lagi, hasil maklumat risikan pihaknya percaya sindiket berkenaan yang dikesan telah sebulan beroperasi menggunakan modus operandi dengan menggunakan kawasan kilang kosong yang seakan-akan tidak beroperasi.

Dalam pada itu Mohmad berkata statistik rampasan syabu di seluruh negara tahun ini adalah sebanyak 3.8 juta tan iaitu catatan terbesar direkodkan sejak JSJN ditubuhkan dan jumlah itu melebihi jumlah rampasan untuk empat tahun sebelumnya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd