Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

PH, Pulanglah Ke Pangkal...

KUALA LUMPUR - Kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) harus kembali ke ‘pangkal jalan’ dengan...

Hubungan Cinta Emma, Kamal...

SETELAH berbulan spekulasi liar bermain di dalam hubungan cinta antara pelakon Emma Maembong...

Fitnah Guan Eng: Kementerian...

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MOF) akan membuat laporan polis berhubung tuduhan terhadap bekas...

RM60.7 Juta Lesap Dari...

BANDAR MEXICO - Penggodam yang mensasarkan sistem pembayaran antara bank di Mexico berjaya...

Polis Cari Saksi Perbicaraan Kes Dadah

BUKIT MERTAJAM – Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mencari seorang lelaki bagi menghadiri perbicaraan satu kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi (6) Pulau Pinang yang akan berlangsung Khamis ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah SPT Supt Mohd Mustafa Bidin berkata saksi itu ialah Leong Kar Loon, 48, beralamat terakhir di 1250 Jalan Kulim, dan No 2, Lorong Machang Bubok 41, Taman Machang Bubuk, di sini.

“Saksi merupakan pembeli kereta yang mana kenderaannya ditahan bersama tertuduh dengan sejumlah dadah di dalam kereta berkenaan. Kehadiran lelaki itu pada perbicaraan kes berkenaan sangat penting,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung saksi berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Insp Haslina Hamzah di talian 016-3432116 atau mana-mana balai polis berdekatan. – BERNAMA

Kategori