• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Perak Minta Azmin Muhasabah Diri

oleh
29/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – PKR negeri Perak menyeru Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar bermuhasabah diri dan menerima pelantikan individu dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) kerana mereka bukan musuh parti atau daripada kalangan anggota Barisan Nasional dan UMNO.

Pengerusi Keadilan Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata mereka yang dilantik merupakan rakan seperjuangan dalam parti dan perbezaan pendapat tidak harus dijadikan permusuhan kekal.

“Kekuatan parti kita dalam Pakatan Harapan harus dikekalkan dengan cara merapatkan saf-saf di dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Azmin yang meminta Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meneliti semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, pelantikan yang diumumkan tidak mencerminkan prinsip adil dan saksama terhadap aspirasi anggota serta tidak akan membantu parti untuk maju ke hadapan.

Semalam, Anwar dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli di samping dua lagi nama sebagai naib presiden parti dan beberapa pelantikan bagi jawatan lain dalam MPP PKR.

Turut diumum pelantikan semula Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha Agung parti.

Farhash Wafa Salvador berkata keputusan presiden adalah tepat dalam usaha menjadikan parti itu lebih inklusif berbanding eksklusif serta dapat memastikan kesinambungan di dalam parti.

Katanya pemilihan lepas menyaksikan banyak jawatan dimenangi pasukan Mohamed Azmin dan dengan kemasukan lantikan baharu keseimbangan serta perpaduan dalam kalangan anggota parti dapat dikekalkan.

“Pemilihan parti satu amalan demokrasi dan ia akan melihat satu ‘natural death’ jika kita mula menghukum pesaing kita yang juga rakan seperjuangan dalam parti.

“Keputusan pemilihan tidak boleh dijadikan sebagai hukuman dan pengukur Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu yang dilantik,” katanya.

Farhash Wafa Salvador berkata PKR Perak secara konsensus berpendapat keputusan Anwar tepat dan tidak menjerumus parti ke arah ‘excessive politics’ dan meminta Mohamed Azmin mengkaji semula kenyataannya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohamed Azmin AliPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd