• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta Himpunan Aman Di Klang Esok Dinasihat Patuh Arahan Polis

oleh Ahmad Albab
24/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Peserta perhimpunan aman bagi menuntut keadilan atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang akan dianjurkan di Klang dekat sini, petang esok dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis dan tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata pihaknya akan menempatkan pegawai polis yang mencukupi bagi mengawal keselamatan sepanjang perhimpunan ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy’.

“Kita sudah bersiap sedia dengan anggota polis yang mencukupi untuk mengawal keadaan termasuk lalu lintas di sekitar bandar Klang esok,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 9.41 malam Isnin lepas.

Mengulas mengenai permit perhimpunan berkenaan, Ab Rashid berkata pihaknya ada menerima notis pemberitahuan dari penganjur himpunan berkenaan, Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) tetapi ia diserahkan kepada pihak polis kurang dari tempoh yang ditetapkan.

Himpunan itu yang akan diadakan di Dataran Seni Klang, dekat sini, petang esok diadakan bagi menuntut keadilan atas kematian Muhammad Adib selain turut dijadikan platform bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletak jawatan dan menuntut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat pemimpin Hindraf tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh dalam kenyataannya berkata, lima persimpangan jalan akan ditutup esok bermula pukul 12 tengah hari berikutan perhimpunan itu.

“Lima persimpangan yang terlibat ialah Jalan Raja Hassan, Jalan Nangka, Jalan Nanas, Jalan Melayu dan Jalan Taiping.

“Pada masa sama, jalan yang terlibat dengan penutupan berperingkat bermula pukul 3 petang pula ialah Susur Jambatan Kota, Bulatan Kota, Bulatan 100, Persiaran Sultan Ibrahim, Jalan Pos Baru dan Jalan Pasar, laluan kontra turut akan dibuat di Jalan Batu 3 sekiranya penutupan penuh dibuat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Himpunanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd