Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Chong Wei Intai Gelaran...

SHAH ALAM - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengintai gelaran juara...

2,757 Kes COVID-19, Dua...

KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian COVID-19 hari ini dilaporkan terus menurun di bawah...

7,000 Mangsa Masih Di...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 7,130 orang setakat 8...

Tiada Daging Babi Dalam...

KUALA LUMPUR - Siasatan awal terhadap gudang di Senai yang didakwa terbabit dalam...

Peningkatan Makmal Proses Dadah Sukar Dibendung

KUALA LUMPUR – Peningkatan jumlah makmal pemprosesan dadah di dalam negara menjadi antara punca penyalahgunaan bahan terlarang itu sukar dibendung, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata jika sebelum ini dadah dibawa masuk dari luar negara namun kini ia lebih banyak diproses di dalam negara.

“Kita tahu hari ini, dadah konvensional itu semakin berkurang tetapi dadah sintetik baharu kadang-kadang muncul hampir setiap hari dan inilah yang menyukarkan kita.

“Ada dadah yang betul-betul menyerupai Panadol dan ada dadah yang menyerupai ubat-ubatan yang diedarkan dan diberikan oleh hospital kita,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) yang meminta kementerian menyatakan keberkesanan langkah-langkah diambil untuk membasmi gejala dadah termasuklah pil kuda terutamanya di Kelantan.

Mohd Azis berkata polis juga seringkali melakukan serbuan di makmal-makmal dadah seluruh negara dalam usaha membanteras penagihan dadah.

“Polis telah banyak lakukan serbuan terhadap makmal dadah, ia satu kejayaan kepada mereka namun seperti saya sebutkan tadi apabila lima makmal yang diserbu, 10 makmal pula yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan ini adalah kekangan yang kita hadapi,” katanya.

Mohd Azis berkata nilai keseluruhan rampasan dadah seluruh negara dari Januari hingga Ogos tahun ini dianggarkan berjumlah RM162.35 juta.


Tambah beliau, statistik keseluruhan tangkapan terhadap individu di sempadan negara terlibat dalam pengedaran dadah dalam tempoh lima tahun mulai 2013 hingga Ogos 2018 adalah seramai 425 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 39 orang telah dituduh di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagi tangkapan untuk tahun semasa dari Januari hingga Ogos 2018, PDRM telah berjaya menangkap seramai 47 orang dengan empat orang telah dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya Tahun 1952.

“Di samping itu, sejumlah 54,382.03 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah telah dirampas, 205,586 liter pelbagai cecair dadah, 112.8 kg kafein, 136.75 kg ephedrine, dan tujuh pokok ganja turut dirampas dalam tempoh itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori