• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghantar Barang Didakwa Menyamar Polis Di Taiping

oleh
05/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai pegawai polis dan menipu seorang warga emas membabitkan kerugian RM2,500, dua tahun lalu.

Tertuduh, V. Premantharan Pillai, 40, dari Pandamaran, Klang, Selangor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hairol Jemain.

Bapa kepada empat orang anak itu didakwa menipu R. Asubadi@Asupathy, 76, dengan menyamar sebagai pegawai polis dan memberitahu dapat menyelesaikan kes tangkapan cucu mangsa dengan bayaran RM2,500 sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun CIMB.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Taiping, kira-kira 7.41 malam, 13 Jan 2016 dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM6,500 dengan seorang penjamin serta mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat dan kes disebut semula pada 4 Jan ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Nor Raihan Rithwan manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), T Selvadoray.

Pada 9 Mei 2016, lelaki itu didakwa atas 12 pertuduhan di Mahkamah Majistret Jitra, Kedah atas pertuduhan sama membabitkan nilai kerugian RM50,000 terhadap mangsa lain pada Mac 2016. – BERNAMA

Tags: menyamar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd