• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Selia Sektor Bertemu Bincang Isu Persaingan

oleh Cj Mnh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas baru-baru ini untuk membincangkan isu-isu berkaitan undang-undang dan dasar persaingan untuk memastikan konsistensi dalam penggunaan undang-undang antara pengawal selia sektor.

Ia turut membincangkan isu mengenai perkara merentasi bidang kuasa.

Jawatankuasa khas itu terdiri daripada pelbagai pengawal selia termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

“Penting bagi kami, pengawal selia sektor, untuk berjumpa dan membincangkan isu-isu anti-persaingan yang mungkin timbul antara pengawal selia.

“Kesinambungan antara dasar persaingan dan dasar pengawalseliaan amat perlu untuk meningkatkan kebajikan pengguna dan kecekapan ekonomi,” kata Pengerusi MyCC Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus.

Beliau berkata sebahagian aduan yang diterima oleh MyCC adalah di luar bidang kuasanya, justeru perlu diarahkan semula kepada pengawal selia yang berkaitan.

Mohd Hishamudin berkata MyCC merancang untuk menjemput ST, Mavcom dan SKMM untuk bekerjasama dalam menjalankan aktiviti advokasi untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai bidang kuasa pengawal selia masing-masing.

Suruhanjaya itu juga telah memulakan proses meminda undang-undangnya yang merangkumi peruntukan baharu mengenai penggabungan dan pengambilalihan dan menyasarkan untuk mengumpul pandangan daripada SC, Mavcom, SKMM dan Bursa Malaysia. – BERNAMA

Tags: MyCCpersaingan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Benarkan Pengiraan Undi Semula Kerusi Tasek Gelugor

Next Post

Inisiatif ADAM50 Akan Dihentikan Pada Akhir Tahun

Related Posts

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

19/03/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc...

8 Syarikat Fail Rayuan Terhadap Keputusan MyCC

8 Syarikat Fail Rayuan Terhadap Keputusan MyCC

10/03/2025
0

Lapan syarikat akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung penalti kewangan RM92.8 juta atas dakwaan terbabit dalam...

Next Post

Inisiatif ADAM50 Akan Dihentikan Pada Akhir Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd