• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin UMNO Keluar Parti Elak Diburu Kesilapan Lampau

oleh Ahmad Albab
18/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tindakan pemimpin UMNO yang keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan untuk menyelamatkan diri daripada kesilapan lampau kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah berkata tindakan menyertai PH mungkin difikirkan sebagai langkah selamat bagi meredakan tekanan tersebut.

“Boleh jadi semasa menjadi menteri sebelum ini ada kesilapan-kesilapan tertentu yang dilakukan sehingga mereka terpaksa menanggung tekanan. Jadi sebagai langkah selamat daripada diburu adalah lebih selamat mereka menyertai PH.

“Apatah lagi terdapat beberapa pemimpin yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa salah laku seolah menjadi ‘bersih’ selepas menyertai PH,” katanya ​​​kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung tindakan lebih ramai pemimpin UMNO bertindak meninggalkan parti itu beberapa hari lepas, di Majlis Penyampaian Insentif Sukan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bertujuan meraikan kira-kira 103 atlet sukan dan paralimpik negeri Kelantan yang terlibat dalam enam kejohanan termasuk Sukan Asia dan Sukan Paralimpik Jakarta 2018, Sukan Paralimpik ASEAN Kuala Lumpur 2017, SUKMA Perak 2018, SUKMA Paralimpik Perak 2018 dan Sukan Orang Pekak Malaysia 2018.

Che Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri berkata penyertaan bekas pemimpin UMNO dalam PH adalah sesuatu yang telah dijangkakan dan tindakan itu disifatkan seolah mengembalikan semula pentadbiran UMNO dalam wajah PH.

Beberapa hari lepas Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi Anggota Parlimen UMNO keluar daripada parti itu.​​​​​​​

Mereka ialah Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah). – BERNAMA

Tags: PASPemimpin UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd