• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Persiaran Disyaki Di Bawah Pengaruh Dadah – Polis

oleh Ahmad Albab
11/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Polis mengesyaki pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kota Belud-Tuaran (Kampung Kelawat) petang semalam memandu di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata pegawai penyiasat yang menyiasat kejadian itu melihat pemandu bas persiaran berusia 33 tahun itu membuang sesuatu ke dalam longkang di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan (ke atas benda yang dibuang pemandu ke dalam longkang) mendapati sebuah beg kecil bewarna merah berisi alat menghisap dadah syabu dan satu peket kecil lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis metamphetamine (syabu).

“Sampel air kencing dan darah pemandu akan diambil bagi tujuan (analisis) kimia/toksikologi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, selain disyaki memandu di bawah pengaruh dadah, siasatan awal pihaknya juga mendapati bas itu mungkin dipandu laju sehingga pemandu gagal mengawal kenderaannya menyebabkan bas itu terbalik.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 5.30 petang itu, enam daripada 18 penumpang di atas bas yang menghala ke Jeti Tazmahal di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud dari Nexus Karambunai, Sepanggar, mengalami kecederaan. Pemandu bas turut mengalami kecederaan ringan.

Kesemua mangsa kemalangan berkenaan dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan dan pemeriksaan. – BERNAMA

Tags: khayal dadahpemandu bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd