• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelumba Cub Prix Maut Kemalangan

oleh
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018, Mohd Hafiz Nor Azman maut selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan di Bandar Penawar, Kota Tinggi dekat sini, petang tadi.

Pemergian Mohd Hafiz itu disahkan Malaysian Cub Prix yang memuat naik gambar pelumba muda berusia 22 tahun itu menerusi laman rasmi Facebook mereka, kira-kira 8.45 malam ini.

Difahamkan kenyataan lanjut akan dikeluarkan Malaysian Cub Prix malam ini.

Terdahulu, khabar angin mengenai pemergian Allahyarham beserta video berdurasi 42 saat yang dipercayai menunjukkan detik-detik akhir sebelum terjadi kemalangan menjadi tular di laman sosial Facebook sejak petang tadi.

Berdasarkan beberapa status dimuat naik oleh orang ramai, Allahyarham dipercayai terbabit dalam kemalangan itu sewaktu menyertai perlumbaan akhir kategori CP150.

Mohd Hafiz merupakan anak kepada bekas pelumba, Nor Azman Mad Darus.

Pada tahun ini, Allahyarham yang mewakili Petronas Racing Team-CKJ, menggalas tanggungjawab sebagai pelumba harapan pasukan berkenaan dalam kategori CP150. – BERNAMA

Tags: Cub Prixmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd