• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Cina Cemerlang Peperiksaan UPKK

oleh
20/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Siapa sangka, pelajar berbangsa Cina, Por Hui Ling, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring di sini memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun ini yang diumumkan semalam.

Dia mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran Ulum Syariah, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Penghayatan Cara Hidup Islam , Adab, Amali Solat, Sirah dan Al-Quran.

Meskipun latar belakang keluarganya beragama Buddha, pencapaian Hui Ling itu sebenarnya umpama mengulangi kejayaan abangnya, Por Jie Hua, 14, yang mendapat 5A 3 B dalam peperiksaan sama tiga tahun lalu.

Hui Ling ketika ditemui Bernama berkata dia mula mengikuti kelas KAFA ketika berada di Tahun Dua selepas mendapat dorongan daripada kedua ibu bapanya mempelajari sesuatu yang baharu dan mengeratkan lagi persahabatan dengan rakan di sekolah.

Walaupun berdepan banyak kesukaran pada peringkat awal, dengan usaha gigih, tunjuk ajar serta bantuan guru serta rakan lain, Hua Ling berjaya menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan baik dan lancar.

“Pada mulanya saya agak keberatan untuk mengikuti kelas KAFA tetapi ibu bapa dan abang selalu memberi galakan kerana jika pelajar Melayu boleh mempelajari Bahasa Cina dengan baik kenapa pula kami tidak boleh.

“Saya juga selalu mengajar adik bongsu (lelaki), Por Jing Yi, 6, menulis Jawi di rumah dan nampaknya dia juga berminat untuk sertai kelas KAFA dua tahun lagi kerana sekarang ini dia masih di Pra Sekolah,” katanya yang juga boleh membaca Al-Quran.

Hui Ling berkata ibu bapanya, Por Kim Sin, 62, dan Yeap Bee Fai, 43, pula tidak pernah menganggap perbezaan agama sebagai halangan untuk seseorang itu mempelajari mengenai agama lain.​​​​​​​

Justeru, mereka tidak keberatan menghantar tiga anaknya mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) pada sebelah petang di sekolah bersama rakan-rakan beragama Islam yang lain untuk mengetahui sedikt sebanyak perkara mengenai agama tersebut.

“Saya pada mulanya tidak menyangka mampu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPKK tetapi bangga kerana dapat membuktikan keupayaan kepada keluarga yang menyokong saya,” katanya.

Katanya, bahasa Arab serta tulisan Jawi adalah sesuatu yang seronok dipelajari dan tidak begitu sukar berbanding bahasa Mandarin.

“Mula-mula sahaja nampak susah tetapi selepas setahun saya dah boleh mahir menulis dan membaca Jawi dan Al-Quran sedikit-sedikit.

“Ia berbeza dengan bahasa Mandarin yang sampai sekarang saya belum mahir walaupun dah mempelajarinya selama lima tahun di sekolah. Oleh itu saya nasihatkan pelajar lain supaya jangan takut untuk belajar bahasa asing termasuk bahasa Arab kerana ia sebenarnya sangat seronok dan tidak menjejaskan jati diri bangsa,” katanya. – BERNAMA

Tags: UPKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

05/11/2025
0

SHAH ALAM: Pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Afsari di Saujana Putra di Kuala Langat yang 80 muridnya tidak dapat...

19,266 Calon UPKK 2022 Raih 8A

19,266 Calon UPKK 2022 Raih 8A

09/03/2023
0

PUTRAJAYA: Seramai 19,266 daripada 234,931 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 berjaya mencatat keputusan cemerlang A dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd