• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Asing Top Glove Tidak Dipaksa Kerja Lebih Masa

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kementerian Sumber Manusia mendapati tiada unsur paksaan ke atas pekerja asing di syarikat pembuat sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corp Berhad untuk melakukan kerja lebih masa.

Menterinya M. Kula Segaran berkata pemeriksaan pegawainya di hampir kesemua kilang milik syarikat itu di sini dan di Ipoh, Perak mendapati pekerja asing mereka melakukan kerja lebih masa secara sukarela kerana mahu meraih pendapatan lebih untuk digunakan dan dihantar ke negara masing-masing.

“Saya tidak nafikan ada pekerja asing yang bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan oleh Akta Pekerja dan kami akan mengambil tindakan atas perkara ini. Pengurusan Top Glove juga sudah memberi komitmen untuk mengatasi perkara ini tetapi saya jamin tiada pekerja asing yang dipaksa bekerja lebih masa di kilang ini seperti yang dilaporkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke kilang milik Top Glove di Kawasan Perindustrian Meru Timur di sini, hari.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ( JTKSM) Datuk Mohd Jeffrey Joakim, Pengerusi Eksekutif Top Glove Tan Sri Dr. Lim Wee Chai dan Pengarah Eksekutif syarikat Lim Cheong Guan.

Lawatan dan pemeriksaan itu diadakan susulan laporan oleh sebuah akhbar luar negara yang mendakwa Top Glove memaksa pekerja asing di syarikat tersebut untuk bekerja lebih masa.

Menurut Kula Segaran, siasatan oleh pegawai kementerian itu sejak laporan berkenaan dikeluarkan juga mendapati segala dakwaan lain yang ditulis dalam akhbar terbabit adalah tidak benar.

“Syarikat ini melakukan semua operasi mereka mengikut akta dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Pada Jumaat lepas, akhbar ‘The Guardian’ di United Kingdom dalam laporannya mendakwa syarikat itu menindas ribuan pekerja asing termasuk memaksa mereka bekerja lebih masa mencecah 160 jam sebulan, melebihi tempoh bekerja lebih masa 104 jam yang ditetapkan undang-undang.

Menurut Akta Pekerja 1955 jumlah jam untuk kerja lebih masa maksimum ialah 104 jam sebulan.

Terdapat kira-kira 10,000 pekerja asing di 35 buah kilang milik Top Glove.

Menurut laporan itu antara situasi dihadapi pekerja asing berkenaan ialah menjadi mangsa buruh paksa, kerja lebih masa secara paksa, beban hutang, gaji ditahan dan pasport dirampas.

Susulan laporan berkenaan, saham Top Glove menjunam pada dagangan awal hari ini, susut 5.93 peratus atau 33 sen kepada RM5.57 dengan 1.2 juta saham bertukar tangan.

Sementara itu ditanya sama ada kerajaan Britain menghubungi pihaknya bagi tujuan siasatan berhubung perkara berkenaan, Kula Segaran berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang panggilan atau pertanyaan rasmi daripada pihak berkuasa negara tersebut.

“Kami alu-alukan siasatan oleh kerajaan Britain jika mereka mahu menyiasat perkara ini tetapi ia perlu dilakukan secara kerajaan dengan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Wee Chai dalam sidang media sama turut memberi pencerahan berhubung beberapa kesilapan fakta dalam laporan akhbar berkenaan.

“Laporan menyebut keuntungan kami ialah satu bilion pound sterling (RM5.29 bilion) tahun lepas, tetapi keuntungan kami sebenarnya kira-kira RM450 juta atau sekitar 80 juta pound sterling dan United Kingdom hanya menyumbang 0.5 peratus terhadap jualan kami,” katanya.

Sambil meluahkan rasa kesal terhadap laporan berkenaan yang disifatkan tidak bertanggungjawab, beliau menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dari dalam dan luar negara yang mahu melakukan siasatan ke atas syarikat itu. – BERNAMA

Tags: kerja lebih masaTop Glove
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Tertentu Top Glove Didakwa Dihasilkan Buruh Paksa

30/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) mendakwa produk-produk tertentu oleh Top Glove Corp Bhd...

Ismail Sabri Minta Top Glove Pastikan Keselamatan Pekerja

22/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Usaha Top Glove Corporation Bhd menawarkan 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dihargai, namun keselamatan dan kebajikan mereka perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd