• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Dijangka Berdepan Tempoh 5 Hari Kritikal

oleh Cj Mnh
04/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pahang khususnya daerah Kuantan, Rompin dan Pekan dijangka berdepan tempoh lima hari yang “kritikal” risiko banjir susulan ramalan hujan lebat dan air pasang besar sepanjang tempoh berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata sehubungan itu, kerajaan negeri mengingatkan penduduk di kawasan rendah di tiga daerah berkenaan agar peka dengan persekitaran selain bersedia untuk berpindah jika diarahkan berbuat demikian.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, di sini hari ini, beliau berkata kerajaan negeri sudah bersedia menghadapi banjir tahun ini dengan 664 pusat pemindahan sementara (PPS) diwujudkan di semua daerah yang memapu menampung 160,000 mangsa.

Katanya, seramai 6,230 anggota dan pegawai pelbagai agensi berkenaan akan bertugas sepanjang musim banjir.

“Kita juga akan membuat hebahan awal di kawasan berpotensi banjir supaya penduduk di kawasan tersebut mengambil tindakan sewajarnya dan mempunyai gambaran jelas apa yang perlu dilakukan pada waktu itu,” katanya.

Muhammad Safian berkata kerajaan negeri juga telah mengarahkan jabatan dan agensi terlibat untuk membersih dan menyenggara sistem perparitan serta longkang untuk memastikan kelancaran sistem pengairan, sekali gus tidak memburukkan lagi situasi banjir.

Katanya jabatan terlibat juga sudah mengenal pasti jalan raya yang berpotensi terputus hubungan semasa banjir dan mencari laluan alternatif yang sesuai, jika ada. – BERNAMA

Tags: BanjirKRITIKAL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd