• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah Lepas Jawatan Parti, Protes Kerajaan PH

oleh Haris
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA tersebar khabar angin satu kumpulan ahli Parlimen PKR akan melompat ke PPBM menyusuli tindakan sekumpulan bekas ahli Parlimen UMNO, Nurul Izzah Anwar, naib presiden PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kejutan dengan meletak jawatan.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah berkata beliau komited dengan agenda reformasi dan prinsip pegangannya, yang lebih mudah dilaksanakan dengan mengambil tindakan melepaskan jawatan parti.

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ini turut melepaskan jawatan pengerusi PKR bagi negeri Pulau Pinang dan “tidak lagi berkhidmat untuk kerajaan persekutuan dalam sebarang kapasiti.”

Beliau turut menggesa rakyat terus mendesak kerajaan melaksanakan agenda pembaharuan yang dijanjikan.

Tindakan beliau yang dilakukan secara tiba-tiba ini menimbulkan tanda tanya banyak pihak, memandangkan bapanya kini presiden parti dan sedang menanti untuk menjawat jawatan perdana menteri.

Nurul Izzah turut mempersoalkan sejauh mana agenda Pakatan Harapan boleh dilaksanakan, satu kritikan terhadap kerajaan PH yang semakin bergolak kebelakangan ini apabila ahli-ahli Parlimen bekas UMNO melompat ke PPBM.

Nurul Izzah berkata beliau memilih tindakan ini setelah melihat apa yang berlaku dalam politik kebelakangan ini.

“Saya bertekad melakukan tindakan yang betul,” katanya. – Mynewshub.tv

Tags: Nurul Izzah AnwarPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd