• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhammad Adib Perlu Dikenang Sebagai Wira – Bapa Saudara

oleh
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – “Muhammad Adib perlu dikenang sebagai wira negara”.

Itu pandangan Kasim Md Isa, bapa saudara anggota Bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, ketika ditemui di rumah ibu bapa Allahyarham di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah di sini, hari ini.

Kasim, 61, menjelaskan, anggota keluarga sangat kecewa dengan kejadian yang menimpa Muhammad Adib kerana dia dibelasah ketika menjalankan tugas untuk memadamkan kebakaran di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, dalam kejadian rusuhan pada 27 Nov lalu.

“Kami reda dengan pemergian Alalhyarham yang kami anggap wira kami dan wira negara. Saya harap pihak polis menggiatkan lagi siasatan dan membawa pesalah ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Berikutan kejadian yang menimpa anak kedua daripada empat beradik itu, majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 22 Dis ini dibatalkan, kata Kasim.

“Dia sempat balik rumah bercuti lima hari membuat persiapan kenduri sebelum kembali bertugas semula. Hari pertama balik bertugas, dia dibelasah… kami sedih dengan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung dan saudara-mara memenuhi pekarangan rumah anggota keluarga anggota bomba itu sejak 7 pagi tadi.

Muhammad Adib yang parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, Selangor pada 27 Nov lalu meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada pukul 9.41 malam tadi.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah di sini, selepas solat Zuhur. – BERNAMA

Tags: Muhammad Adib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jurgen Klopp Mahu Pemain Sayap Lain Sebelum Menandatangani Salah

Next Post

Penyelidik Jepun Terjatuh Di Gunung Mulu, Selamat Diterbangkan Keluar

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

Penyelidik Jepun Terjatuh Di Gunung Mulu, Selamat Diterbangkan Keluar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd