• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelidik Jepun Terjatuh Di Gunung Mulu, Selamat Diterbangkan Keluar

oleh Ahmad Albab
18/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Penyelidik warga Jepun yang tercedera selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu dua hari lepas, berjaya diterbangkan keluar dari Kem 4 oleh Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pagi ini.

Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman berkata Akihiro Noda, 25 yang mengalami kecederaan pada punggung dan retak tulang rusuk, digegaskan ke Hospital Miri sebaik helikopter mendarat di Miri pada 8.40 pagi.

“Atas faktor keselamatan, kami terpaksa menggunakan win untuk membawa mangsa keluar dari Kem 4 seawal 7.40 pagi ketika keadaan cuaca agak baik dan kurang berawan,” katanya.

Menurutnya usaha mengeluarkan penyelidik berkenaan yang terjatuh ketika mendaki dua hari lalu, terpaksa ditangguhkan semalam kerana cuaca buruk.

Semalam, pihak pentadbiran Taman Negara Mulu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Marudi bagi memaklumkan tentang kejadian yang berlaku pada 9 malam Sabtu.

Kejadian berlaku ketika Akihiro, mahasiswa Universiti Kyoto, Jepun sedang mendaki gunung berkenaan bersama-sama seorang lagi penyelidik senegara dan tiga porter. – BERNAMA

Tags: BombaPenyelidik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd