• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Terengganu Meningkat Kepada 1,662 Orang

oleh Ahmad Albab
14/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1, 622 orang daripada 506 keluarga di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 950 orang daripada 327 keluarga di 16 pusat pemindahan malam tadi membabitkan daerah Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata Hulu Terengganu mencatatkan peningkatan jumlah mangsa teramai setakat ini.

Beliau berkata, mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 1,161 mangsa daripada 394 keluarga di sembilan PPS pagi ini, berbanding 645 orang daripada 257 keluarga.

Katanya, mangsa di Kemaman juga menunjukkan peningkatan kepada 448 mangsa daripada 109 keluarga di sembilan PPS pagi ini berbanding 292 orang daripada 67 keluarga di lima PPS malam tadi.

“Bagaimanapun jumlah mangsa di Setiu kekal 13 orang daripada tiga keluarga yang ditempatkan di satu PPS di Kampung Mak Bakas,” katanya yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran menerusi laman web www.publicinfobanjir.gov.my melaporkan, empat sungai di Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu berada pada paras amaran, manakala lima sungai pada paras berjaga-jaga. – BH ONLINE

Tags: mangsa banjirTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd