• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Terengganu Terus Meningkat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu terus meningkat kepada 950 orang daripada 327 keluarga setakat 9 malam ini berbanding 669 orang daripada 219 keluarga, pada sebelah tengah hari tadi.

Ketika ini, 16 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di tiga daerah iaitu 10 di Hulu Terengganu, lima di Kemaman dan satu di Setiu.​​​​​​​

Menurut portal Info Bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Hulu Terengganu terus merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 645 orang diikuti Kemaman (292 orang) dan Setiu (13 orang).

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menerusi portal yang sama melaporkan paras air sungai di tiga daerah juga melepasi paras bahaya iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak yang merekodkan bacaan 35.13 meter (m) berbanding paras bahaya 35m.

Paras air di Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu pula mencatat bacaan 20.54m mengatasi paras bahaya 19.70m dan Sungai Tebak di Kemaman meningkat kepada 19.17m berbanding paras bahaya 18.50m.

Lima sungai turut mencatat kenaikan melebihi paras amaran di beberapa stesen bacaan iaitu Sungai Dungun, Sungai Kemaman, Sungai Marang, Sungai Setiu dan Sungai Nerus.​​​​​​​

Banjir juga menyebabkan beberapa jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan di beberapa lokasi kerana dinaiki air iaitu di Jalan Bukit Diman-Tersat dan Jalan Simpang Gaung-Sungai Tong di Hulu Terengganu; Jalan Pengkalan Merbau-Pelong dan Jalan Permaisuri-Hulu Seladang di Setiu dan Jambatan Lama Teladas di Kemaman.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan dan mengikuti laluan alternatif yang dicadangkan Jabatan Kerja Raya untuk melancarkan perjalanan mereka ke destinasi.​​​​​​​ – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd