• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu ILS: Malaysia Tidak Konfrontasi Singapura

oleh Cj Mnh
05/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia tidak akan mengambil pendekatan bersifat konfrontasi dalam menangani isu Sistem Pendaratan Alatan (ILS) di Lapangan Terbang Seletar di Singapura yang menceroboh ruang udara Pasir Gudang di Johor, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Penerbangan Negara di sini hari ini, beliau berkata kerajaan bersedia bertemu pihak berkuasa Singapura dan terbuka kepada perbincangan, dialog serta perundingan.

“Kita bukan bersikap tidak munasabah, kita cuma melindungi hak kita. Kita akan tegaskan pendirian dan pandangan kita yang disokong dengan penyelidikan dan juga perundangan,” katanya.

Semalam, Loke dilaporkan berkata Malaysia tidak menentang pembangunan Lapangan Terbang Seletar tetapi negara ini tidak boleh membenarkan ILS lapangan terbang itu beroperasi dalam lingkungan ruang udara selatan Johor.

ILS merupakan instrumen di bumi (merangkumi isyarat radio dan pencahayaan tinggi) yang menyediakan pandu arah kepada juruterbang apabila menghampiri dan melakukan pendaratan, terutama ketika hujan atau pada waktu malam.

Loke juga dilaporkan berkata kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan Singapura menyiarkan ILS dengan keputusan itu disampaikan kepada republik berkenaan pada 28 dan 29 November lalu.

Singapura menyiarkan ILS menerusi Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) pada 1 Disember dan akan dikuat kuasa sepenuhnya pada 3 Januari depan, dan ini bercanggah dengan prinsip kedaulatan negara yang diperuntukkan menerusi Konvensyen Penerbangan Awam (Konvensyen Chicago 1944).

Ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Singapura Khaw Boon Wan bagi menyelesaikan isu itu secara baik, Loke berkata tiada rancangan untuk berbuat demikian dalam masa terdekat namun Malaysia bersedia membincangkan alternatif serta cadangan lain berhubung perkara tersebut.

Loke menegaskan hubungan di antara Malaysia dan Singapura mesti berasaskan saling menghormati, undang-undang antarabangsa dan kedaulatan.

Beliau juga menjelaskan ada dua isu melibatkan ruang udara iaitu mengambil balik ruang udara diwakili di selatan Johor daripada Singapura serta isu ILS Lapangan Terbang Seletar.

“Dalam perjanjian kita, ruang udara diwakili diberi kepada Singapura sejak 1974 namun ruang udara itu milik Malaysia.

“Perjanjian itu tidak mempunyai garis masa. Sekarang kita sudah ada kemampuan kawalan trafik udara, justeru sudah tiba masa untuk kita berbincang dengan Singapura mengenai rancangan Malaysia mengambil balik ruang udaranya secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata rancangan untuk mengambil balik ruang udara Malaysia di selatan Johor itu perlu dilaksanakan secara berperingkat yang boleh mengambil masa beberapa tahun bagi menyelaraskan perkhidmatan kawalan trafik udara di antara penyedia perkhidmatan di kedua-dua negara bagi memastikan keselamatan pergerakan pesawat. – BERNAMA

Tags: Anthony LokeIsu ILS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd