• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liverpool Kembali Rampas Takhta Liga

oleh
17/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIVERPOOL – Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas musuh tradisi, Manchester United di Anfield, sebentar tadi.

Kemenangan itu turut menyaksikan skuad The Reds kembali merampas kedudukan teratas liga daripada Manchester City dengan kini berkelebihan satu mata di depan pencabar utama mereka itu.

Selepas mengharungi 17 perlawanan, anak buah Jurgen Klopp kini mengumpul 45 mata berbanding City 44 mata.

Pemain gantian, Xherdan Shaqiri muncul wira Liverpool apabila meledak dua gol selain gol pertama dijaringkan Sadio Mane.

Mane membuka tirai jaringan buat The Reds apabila tenang menyudahkan hantaran dilakukan Fabinho pada minit ke-24.

Bagaimanapun, gol pendahuluan Liverpool tidak bertahan lama apabila United yang dibimbing Jose Mourinho kembali bangkit dengan menyamakan kedudukan menerusi Jesse Lingard pada minit ke-33.

Shaqiri yang masuk menggantikan Naby Keita pada babak kedua membuktikan ketajaman penyudahnya dengan meletakkan Liverpool kembali di depan menerusi jaringan minit ke-73 sebelum melengkapkan kemenangan pasukan itu dengan gol kedua peribadi pada minit ke- 80.

Kekalahan menyaksikan United kekal di tangga keenam liga dengan 26 mata, 11 mata ketinggalan di belakang penghuni tangga keempat, Chelsea bagi perebutan slot ke Liga Juara-Juara. – REUTERS

Tags: Liverpool
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd