IPOH – Lembah Kinta dijangka menjadi pusat pemborong sehenti utama menjelang tahun 2021 nanti, yang disasar untuk membuka peluang lebih luas kepada para usahawan tempatan memasarkan barang dagangan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pembangunannya sedang digerakkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama sebuah syarikat swasta dari China, ShunDe FoShan China, yang melibatkan kos sekitar RM45 juta.
“Pusat pemborong sehenti ini akan turut memberi peluang kepada pengguna mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang sangat berpatutan, dan ia juga sekaligus dapat melonjakkan ekonomi negara, dan negeri Perak khususnya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata di samping itu pusat pemborong sehenti berkenaan juga dapat memberi membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada penduduk setempat. – BERNAMA