• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PATI Jadi Pemborong Haram Di Keningau Disiasat

oleh Ahmad Albab
04/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan pekebun tentang penglibatan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam perniagaan borong hasil pertanian di daerah ini.

Menterinya Junz Wong berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan mahu semua pihak berhenti membekalkan hasil tani mereka kepada pemborong yang dipercayai PATI.

“Datang sini (Sabah) pun secara haram… mereka (PATI) tidak patut terlibat dengan perkara ini. Ini pertama kali saya mendengar aduan seumpama ini.

“Jika aduan ini sahih, kementerian tidak akan berkompromi dan kegiatan ini perlu dibanteras,” katanya kepada Bernama pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-97 dan Pembinaan Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Yin 2018 di sini malam tadi.

Wong berkata pihaknya akan melakukan pemantauan bagi mengenal pasti pemborong-pemborong haram terbabit.

“Setiap aktiviti perniagaan memerlukan lesen, dan ia adalah keperluan wajib yang perlu dipatuhi oleh semua pihak. Kita ada undang-undang yang mewajibkan lesen kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam perniagaan borong atau apa juga jenis perniagaan,” katanya.

Sebelum ini Persatuan Pekebun Kecil Pedalaman Sabah (Pekebun) mendakwa aktiviti perniagaan borong hasil tani di Keningau dikuasai oleh orang asing, sekali gus menyebabkan petani tidak mendapat harga yang sepatutnya. – BERNAMA

Tags: PatiPemborong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd