Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cuaca Sejuk & Berkabus...

SETELAH bencana banjir kembali reda, penduduk Kelantan khususnya di jajahan Kuala Krai sekali...

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di...

Bapa, Anak Warga Australia...

JOHOR BAHRU - Pasangan bapa dan anak warga Australia maut selepas kenderaan dinaiki...

Keluarga Nafi Anak Dipatuk...

KOTA BHARU - Keluarga murid Tahun Satu, Nuri Nadirah Ruslan, yang meninggal dunia...

Lelaki Myanmar Maut Ditetak Rakan Senegara

NIBONG TEBAL – Seorang lelaki warga Myanmar dijumpai mati dengan kesan tetakan di seluruh badan dipercayai dibunuh rakan senegaranya di rumah sewa mereka di Lorong 8, Taman Sintar di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 2.25 pagi daripada orang awam memaklumkan berlaku pergaduhan di rumah teres dua tingkat didiami lima warga Myanmar berkenaan.

“Sebaik polis tiba di rumah itu, pihak kami menemui mayat mangsa dikenali sebagai Vajarami, 24, di tingkat satu dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan terdapat kesan tetakan di keseluruhan badannya.

“Pemeriksaan awal, polis menemui dua bilah parang masing-masing satu di sisi kiri mangsa yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berdekatan kerusi di ruang tamu rumah tersebut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata semasa kejadian, adik mangsa turut berada di rumah itu dan sedang tidur di bilik ketiga di bahagian atas kediaman berkenaan serta tidak menyedari pergaduhan yang membabitkan abangnya dan tiga lagi rakan serumah mereka.

Shafee berkata tiga suspek yang terlibat dalam kejadian itu melarikan diri sebaik pergaduhan berkenaan dan dua daripadanya berjaya ditahan dua jam selepas insiden tersebut di pekan Nibong Tebal oleh polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Seorang lagi suspek ditahan di Hospital Pulau Pinang dipercayai mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di situ, katanya.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan siasatan awal polis mendapati lelaki itu telah ditetak dengan menggunakan dua bilah parang yang ditemui berhampirannya,” katanya.

Beliau berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam antara tiga suspek dan mangsa yang telah lama bekerja di Nibong Tebal itu.

“Tiga lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 24 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri itu direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori