• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latihan Serangan Di Lapangan Terbang Uji Ketersediaan Pasukan

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Empat pengganas ditembak mati, manakala dua pelancong dan dua anggota polis tambahan cedera parah dalam satu kejadian serangan kimia bertoksik tinggi di Lapangan Terbang Labuan hari ini.

Empat yang cedera akibat terdedah kepada bahan kimia beracun di balai berlepas itu telah dibawa keluar dari bangunan tersebut bagi diberikan bantuan mengikut prosedur bantuan tumpahan bahan berbahaya.

Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan telah dipanggil bagi melaksanakan prosedur pengendalian bahan toksik.​​​​​​​

Sekumpulan pasukan khas polis yang dinamakan pasukan ‘rapid’ telah ditugaskan mengendalikan keseluruhan operasi yang menyaksikan dua kakitangan bahagian kargo lapangan terbang telah dijadikan tebusan yang kemudiannya dibebaskan selepas empat daripada lima pengganas ditembak di pusat simpanan kargo merbahaya lapangan terbang tersebut.

Walaupun seorang daripada pengganas telah berjaya melarikan diri tetapi operasi memburunya tidak dilaksanakan, kerana apa yang berlaku sebenarnya hanyalah satu senario latihan pencerobohan yang dilaksanakan mengikut Pelan Kecemasan Lapangan Terbang (AEP), yang disertai 250 kakitangan dari 15 agensi.

Latihan anjuran Malaysia Airports (MAB) Labuan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu merupakan latihan pertama seumpamanya diadakan di Lapangan Terbang Labuan bagi memastikan ketersediaan dalam menghadapi serangan penganas, rusuhan ataupun letupan.

Agensi lain yang terlibat termasuklah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kesihatan dan media-media di Labuan.

Ketua Polis Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata latihan dua jam itu menguji ketersediaan pihaknya dan juga pasukan lain dalam menghadapi kemungkinan berlakunya rusuhan, pengeboman, pengambilan tebusan dan juga serangan pengganas.

“Kami tidak boleh berpuashati dengan latihan hari ini, tetapi terus berusaha memperbaiki persediaan dan kecepatan kami dalam menagani situasi seperti ini… kami akan adakan pos mortem bagi mengenal pasti kelemahan yang ada,” katanya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Berhad, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata latihan seumpama ini adalah penting bagi memastikan semua agensi terbabit tahu dan terlatih dalam melaksanakan tugas mereka apabila berlaku situasi seperti itu.

“Semua ini akan dapat membantu mengurangkan rasa cemas dan panik yang tidak sepatutnya di kalangan komuniti lapangan terbang dan juga penumpang,” katanya. – BERNAMA​​​​​​​

Tags: lapangan terbanglatihan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

Unit K9 Mula Bertugas Di KLIA 26 Oktober, Perkukuh Keselamatan Lapangan Terbang

21/10/2026
0

SEPANG – Unit anjing pengesan (K9) akan mula ditempatkan di beberapa lokasi strategik dalam terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Shahrol Shiro Dilantik Pengajar Kursus Citra UKM, Fokus Latihan Stand-Up Comedy

Shahrol Shiro Dilantik Pengajar Kursus Citra UKM, Fokus Latihan Stand-Up Comedy

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan pelantikan pelawak dan penggiat seni, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd