• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Penerbitan Album Gambar Sejarah Parti Komunis Malaya (I)

oleh
08/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap penerbitan bertajuk “Album Gambar Sejarah Parti Komunis Malaya (I)” yang didapati cuba mempromosi perjuangan komunis.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perintah larangan bertarikh 26 Nov 2018 itu dikeluarkan kerana penerbitan itu cuba menyebarkan fakta salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis yang dikatakan berjuang bermati-matian dalam menuntut kemerdekaan.

“Penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alwi berkata warta perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

Sehubungan itu, mana-mana individu melakukan kesalahan tersebut boleh dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan seperti ditetapkan di bawah Seksyen 8(2) Akta 301.

Alwi berkata masyarakat awam yang mendapati terdapat penerbitan mungkin melanggar undang-undang negara diedarkan di pasaran boleh menyalurkan aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang moha.spab.gov.my. – BERNAMA

Tags: KDN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd