Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Polis Trafik Boleh Saman...

ARAU - Anggota polis trafik boleh mengeluarkan saman terhadap individu yang melakukan kesalahan...

UMT Rai Lebih 100...

KUALA TERENGGANU - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meraikan lebih 100 pengamal media Terengganu...

Dakwaan ‘Royal Coup’ Hina...

KUALA LUMPUR - Dakwaan mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) digulingkan secara ‘royal coup’...

DAP Ambil Kesempatan Kes...

KUALA LUMPUR - DAP seolah-olah cuba mengambil kesempatan daripada kes seorang penjenayah kes...

Langkah Pembaharuan Dengan Semangat Malaysia Baharu

KUALA LUMPUR – Langkah pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan berkaitan hak asasi manusia adalah berkait rapat dengan semangat Malaysia Baharu.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia berpegang kepada falsafah, konsep dan norma yang terangkum dalam Deklarasi Hak asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 yang menetapkan kebebasan asas dan piawaian minimum hak asasi manusia untuk semua orang di semua negara.

“Malaysia percaya sebarang isu mengenai hak asasi manusia sama ada dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa akan sentiasa dititikberatkan dan isu berkenaan perlu ditangani melalui konsultasi konstruktif dengan pemegang-pemegang taruh berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

“Sehubungan itu, peranan yang dimainkan oleh masyarakat dan Institusi Kebangsaan Hak Asasi Manusia dilihat sebagai suatu yang amat signifikan. Usaha libat urus dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan berkenaan bagi meneliti dan membangunkan dasar berkaitan hak asasi manusia akan terus dijalankan,” kata kenyataan itu.

Selain itu, semangat saling memahami dan hormat-menghormati adalah amat penting demi mengekalkan keamanan dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat majmuk yang mempunyai kepercayaan dan budaya berbeza.


Untuk itu, Malaysia akan terus memberikan penekanan yang tinggi berasaskan lunas-lunas toleransi, timbang rasa dan tanggungjawab dalam usahasama mendukung UDHR dan memainkan peranan proaktif dalam membina dunia yang aman, adil dan makmur, katanya.

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia disambut pada 10 Dis setiap tahun bagi memperingati hari Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) yang memperakukan UDHR pada tahun 1948. – BERNAMA

Kategori