• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuil Seafield Diminta Pulangkan Tanah, Wang – MB Selangor

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor meminta pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di Subang Jaya, Selangor memulangkan semula tanah dan wang pampasan yang diterima oleh pemaju sebelum ini.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata tapak tanah seluas 0.405 hektar (satu ekar) dan wang pampasan berjumlah RM1.5 juta yang diberikan oleh pemaju perlu dipulangkan semula sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan oleh Peguam Negara.

“Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik kenyataan Peguam Negara berkenaan isu Kuil Seafield dan bersetuju dengan penyelesaian yang dicadangkan oleh Peguam Negara yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara, Tommy Thomas, semalam berhubung isu kuil terbabit yang antara lain berkata , tertakluk kepada terma dipersetujui, One City Development Sdn Bhd akan memindah hak milik plot tanah seluas satu ekar terletaknya Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya kepada pemegang amanah yang akan diuruskan oleh Mahkamah Tinggi.

Menurut kenyataan Peguam Negara itu, penyelesaian yang dicadang dan disokong hasil pertemuan peguam berkenaan di pejabatnya awal minggu ini termasuk Peguam Negara akan memohon kepada Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 9 Akta Prosiding Kerajaan 1956 untuk melantik pemegang amanah bagi menguruskan amanah dan kuil itu.

“Mahkamah Tinggi akan diminta untuk melantik seorang penerima, yang merupakan seseorang yang mempunyai reputasi yang baik, ternama dan berintegriti, yang boleh diterima oleh semua pihak bertelagah, sebagai seorang pegawai mahkamah untuk mengawal dan menjaga ke atas pemegang-pemegang amanah kuil serta tertakluk kepada pantauan mahkamah,” katanya.

Pada hujung bulan lepas, Selangor digemparkan dengan insiden kekecohan di kuil itu yang menyaksikan polis menahan 106 indvidu setakat ini bagi membantu siasatan.

Kejadian itu turut menyaksikan seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, cedera parah akibat dipukul perusuh dan kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN). – BERNAMA

Tags: Kuil Sri Maha Mariammanwang pampasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Dituduh Seleweng Wang Pampasan Tanah Penduduk

Warga Emas Dituduh Seleweng Wang Pampasan Tanah Penduduk

20/03/2023
0

KUCHING : Seorang pesara swasta mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan wang pampasan tanah penduduk kampung berjumlah RMRM155,820 empat tahun...

Pergerakan Pedati Dibenarkan Dengan Syarat Ketat

26/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves esok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd