Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Stesen Minyak ‘Kantoi’...

Video memaparkan meter minyak masih berjalan sedangkan nozel tidak dimasukkan ke dalam tangki...

Kaum Cina Kukuh Hasil...

Ketika membuat perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di...

Anak MB Perlis Didakwa...

Anak lelaki kepada Menteri Besar Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Pelbagai Acara Sambut Gerhana...

JAKARTA - Pelbagai acara diatur sempena gerhana penuh matahari yang akan dapat disaksikan...

KPKT Lantik Peguam Pemerhati Bagi Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melantik peguam pemerhati bagi kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menterinya Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata peguam berkenaan, Syazlin Mansor akan memberikan khidmat nasihat guaman kepada keluarga Muhammad Adib dan JBPM.

“Selain memberikan khidmat nasihat guaman kepada keluarga Muhammad adib dan JBPM, peguam pemerhati yang dilantik ini akan turut membantu Polis Diraja Malaysia dan pihak pendakwaan dalam persediaan prosiding kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, Zuraida yang ditemui selepas menjadi panel program Upsound di Bernama News Channel (BNC) berkata peguam pemerhati berkenaan akan berada di mahkamah setiap kali perbicaraan bagi membantu pihak pendakwaan.

“Sekiranya terdapat perkara yang dianggap terlepas pandang atau perlu penelitian dan sebagainya, beliau boleh memberi pandangan dan input untuk kebaikan semua,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lepas selepas dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor pada 27 Nov lepas.

Jenazah Muhammad Adib dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah pada hari berikutnya.

Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata laporan penuh siasatan kes lemas enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM di sebuah lombong di Puchong akan diumumkan bulan depan.


“Siasatan dalaman telah selesai. Kita telah bentuk jawatankuasa terdiri daripada enam orang yang pakar dalam bidang ini dan dipengerusikan oleh seorang professor. Ia akan dibentangkan kepada saya dalam minggu ini sebelum kita sebarkan kepada umum pada Januari,” katanya.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) operasi menyelamat di air yang dilaksanakan pihak bomba boleh ditambah baik berdasarkan laporan berkenaan bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.

“SOP harus dinaik taraf dari semasa ke semasa dan sudah tentu insiden ini akan digunakan sebagai model dan kajian untuk meningkat SOP berkenaan jika ada keperluan,” katanya.

Pada 3 Okt lepas, enam anggota bomba terkorban semasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki di Taman Putra Perdana, Puchong Selangor. – BERNAMA

Kategori