Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Apa Jasa Sanusi Kepada...

Apa jasa Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor...

Sakit Mental, Budak 8...

SEORANG kanak-kanak berusia 8 tahun di China diikat pada sebatang pokok selama enam...

Filem Mawi ‘Tiada Tajuk’...

KETIKA banyak pihak merungut mengenai harga tiket wayang yang semakin mahal, pengarah filem...

Pilu.. Ibu Terpaksa Pilih...

CHINA – Bayangkan jika anda berada di tempat wanita ini, apa yang akan...

KFC Perjelas Isu Harga Makanan Ada Caj 6% SST

KUALA LUMPUR – Syarikat makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) menjelaskan bahawa bermula Disember 2018, harga makanan yang disenaraikan adalah termasuk 6 peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

KFC dalam kenyataannya berkata, terdapat beberapa pelarasan kecil bagi harga produknya untuk memastikan syarikat berkenaan dapat terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Untuk tujuan ini, kami berharap para pelanggan memahami menu kami telah disediakan secara khusus untuk menawarkan nilai bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza,” kata kenyataan itu.

Mengulas berita yang tular di media sosial yang membandingkan harga Snack & Dinner Plate, katanya, pakej yang ditawarkan tersebut tidak pernah dijual pada harga RM12.50 sejak dilancarkan pada tahun 2015.

Sejak semalam, kecoh di laman-laman sosial Facebook mengenai kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi.

Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60. – UTUSAN ONLINE

Kategori