• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rusuhan Kuil: 9 Lagi Didakwa Merusuh Guna Senjata Berbahaya

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sembilan lagi lelaki, termasuk seorang pelajar kolej didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, akhir bulan lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 20 hingga 44 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abd Salim.

Mereka adalah Muhammad Qayyum Mohd Faisal, Mohd Ashraf Mohd Faisal, Absal Evastrie Abdullah, Muhamed Jalil Talib, Muhammad Khairol Anuar Zabidi (pelajar kolej), Muhd Zamri Md Said, Shukri Razali, Afizal Sabtu dan Nor Azmi Abdul Ghani.

Mereka didakwa secara bersama-sama empat lelaki yang telah dituduh di Mahkamah Majistret 1, di sini, pada 4 Dis lalu dan beberapa lagi yang masih bebas didapati berada dalam rusuhan dan semasa rusuhan itu, kesemuanya memiliki parang, kapak, pisau dan kayu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kuil berkenaan di Subang Jaya, di sini, antara jam 2 pagi dan 5 pagi, 26 Nov lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim Soib @ Hamid yang mengetuai barisan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Selain Salim, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim, Amir Nasruddin dan Fairuz Johari manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap bulan selain pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes hari ini ke Mahkamah Majistret 1 untuk dibicarakan bersama dengan tertuduh lain dalam kes sama dan menetapkan 17 Jan bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini, pada 4 Dis lalu, empat lelaki, termasuk seorang pegawai keselamatan syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan sama. – BERNAMA

Tags: mahkamahRusuhan Kuil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd