• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rogol Di Kelantan Agak Membimbangkan

oleh Cj Mnh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kadar jenayah di Kelantan pada amnya masih terkawal namun jenayah rogol dilihat pada agak membimbangkan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Katanya bagaimanapun kebanyakan kes rogol terbabit adalah “mahu sama mahu” yang melibatkan remaja bawah umur.

Walaupun berlaku atas kerelaan, polis terpaksa melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol melibatkan remaja bawah umur, katanya kepada pemberita selepas Majlis Townhall “Jenayah Di Kelantan, Adakah Serius?” anjuran bersama Penjara Negeri Kelantan dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan di sini, hari ini.

Katanya bagi tempoh Januari hingga November lalu sebanyak 92 kes rogol dilaporkan berbanding 108 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Meskipun berkurangan sebanyak 14.8 peratus namun ia tetap dilihat membimbangkan,” katanya.

Dalam pada itu katanya jenayah samun berkawan tanpa senjata api menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 130 kes dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini berbanding 126 kes pada 2017.

“Keseluruhan jenayah menunjukkan penurunan iaitu daripada 559 kes tahun lalu kepada 470 kes dalam tempoh Januari hingga November iaitu penurunan sebanyak 15.9 peratus,” katanya.

Hasanuddin juga berkata kebanyakan kes jenayah berpunca daripada dadah termasuk yang paling banyak berlaku iaitu pecah rumah. – BERNAMA

Tags: Kelantanrogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan komitmennya untuk menyiasat setiap dakwaan berdasarkan fakta dan undang-undang, sambil memandang serius...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd