• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Terus Komited Pulihkan Ekonomi Negara

oleh
01/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan Malaysia kembali menjadi bersih dan baik serta memastikan ekonomi negara berada di tahap memberangsangkan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim berkata pada masa ini menjadi satu tugas berat bagi kerajaan baharu dan memerlukan sekurang-kurangnya masa selama tiga tahun untuk membawa negara ini kembali ke pangkal jalan.

“Untuk Malaysia sudah tentu itu satu tugas yang jauh lebih berat dan tak semudah ini. Kita perlu ambil masa yang agak panjang. Tapi dalam Belanjawan 2019 kita tetapkan satu tempoh masa tiga tahun supaya kita boleh balik ke pangkal jalan.

“​​​​​​Bila saya sebut balik ke pangkal jalan tak bermakna kita boleh kurangkan hutang, tapi sekurang-kurangnya dalam keadaan yang sihat di mana kita boleh menangani masalah hutang besar sampai 1 trilion, lebih 1 trilion, masalah wang yang tidak cukup dan sebagainya.

“Maka itulah langkah dalam tempoh masa tiga tahun untuk balik ke pangkal jalan supaya kita boleh sihat semula. Sungguh pun sekarang ekonomi dalam keadaan tenat, tetapi saya yakin dan lihat beberapa unjuran yang baru, bukan sahaja dari segi pelaburan langsung asing (FDI) sahaja kita naik, malahan dalam laporan ekonomi Bloomberg yang terbaru, diantara semua negeri-negeri (negara) membangun, Malaysia nombor satu,” katanya.

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Smart Green Community’ di Tapak Pertanian Dalam Bandar Lebuh Padang Tembak, Air Itam di sini hari ini.

Lim berkata kedudukan tersebut merupakan satu prestasi yang baik biarpun kerajaan kini baharu memerintah selama enam bulan dan boleh mencapat kedudukan tempat pertama.

“Tapi itu hanya permulaan, kita masih ada jalan panjang lagi untuk pulihkan keadaaan ekonomi tetapi sekurang-kurangnya kita berada dalam landasan ekonomi yang betul. Itu yang penting. Kalau kita lihat dari segi jumlah pelaburan luar negeri yang datang ke Malaysia untuk sembilan bulan pertama amat memberangsangkan, kalau tahun lepas kira-kira RM14 bilion, tapi sembilan bulan pertama tahun ini adalah RM49 bilion pelaburan iaitu hampir empat kali ganda.

“Ini satu tanda yang amat baik yang menunjukkan keyakinan luar negeri bertambah di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusaha bersunguh-sunguh hendak membersihkan Malaysia, dan mahu kembalikan Malaysia ke pangkal jalan yang betul, dan hendak beritahu satu dunia bahawa Malaysia sekarang telah bebaskan diri dari genggaman dan belenggu kleptokrasi sedunia, dan menjadi sebuah negara demokrasi yang sihat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lim menggesa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak terus menuding jari kepadanya berhubung isu penjualan 16 peratus kepentingan dalam IHH Healthcare Bhd kepada Mitsui & Co Ltd kerana segala urusan Khazanah Nasional Bhd adalah di bawah perdana menteri Dr Mahathir.

“Datuk Seri Najib ada membuat kenyataan terhadap saya, ini saya rasa dia telah sesat sasaran kerana itu bukan di bawah saya dan saya harap janganlah semua benda hendak sasarkan pada saya , itu urusan Khazanah adalah di bawah perdana menteri, bukan di bawah saya. Saya pun tidak terlibat dalam urusan itu. jadi saya harap janganlah apa -apa pun hendak salahkan saya,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai keperluan pihak pembangkang mengadakan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), 8 Disember ini, Lim meminta pihak berkenaan mendengar nasihat daripada beberapa pihak termasuk menteri dalam negeri dan pakar-pakar.

“Secara peribadi saya rasa sesiapa yang hendak membuat perhimpunan sekiranya dalam keadaan aman, itu memang dibenarkan.Tetapi dalam keadaan seperti ini, saya rasa itu mungkin tidak berapa sesuai buat masa kini (untuk adakan perhimpunan),” katanya.

Pada 23 November lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini. – BERNAMA​​​​​​​

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd