• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan N.Sembilan Bentang Belanjawan Berimbang RM430 Juta

oleh
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan belanjawan berimbang RM430 juta bagi 2019, bertambah 4.37 peratus atau RM18 juta berbanding belanjawan 2018.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata belanjawan itu yang bertemakan ‘Memperkayakan Hasil, Memakmurkan Kekayaan’ merangkumi RM430 juta anggaran mengurus dan RM430 juta anggaran hasil.

“Anggaran belanjawan mengurus 2019 meliputi emolumen sebanyak RM169.25 juta , perkhidmatan dan bekalan (RM90.19 juta), perolehan aset (RM3.38 juta), pemberian dan bayaran tetap RM160.13 juta serta perbelanjaan lain RM7.05 juta.

“Selain itu, kerajaan negeri komited melaksanakan agenda pembangunan, oleh itu RM116.9 juta diperuntukkan untuk tujuan itu tahun depan, sekali gus menjadi peruntukan pembangunan terbesar dicatatkan dalam belanjawan di negeri ini sejak lima tahun lalu.

“Bagi anggaran kutipan hasil pula, berlaku peningkatan hasil sebanyak RM18 juta atau 4.37 peratus, menjadi RM430 juta pada tahun 2019 berbanding RM412 juta bagi tahun 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2019 pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 di sini, hari ini.

Aminuddin berkata secara keseluruhannya, Hasil Bukan Cukai seperti premium, permit, pendaftaran lesen, keuntungan pelaburan, royalti sumber asli dan sebagainya kekal sebagai penyumbang utama hasil negeri iaitu sebanyak RM225.1 juta ataupun 52 peratus.

“Manakala Hasil Cukai bagi tahun 2019, yang terdiri daripada Cukai Langsung dan Cukai Tidak Langsung, dijangka menyumbang sebanyak RM148.41 juta ataupun 35 peratus daripada keseluruhan hasil.

“Berbanding Belanjawan 2018, Hasil Cukai dijangka mengalami penurunan sebanyak 4.06 peratus berikutan daripada program pemutihan data dan maklumat serta tiadanya peningkatan kadar cukai bagi tempoh 5 tahun seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan semasa Pilihanraya Umum Ke 14 yang lalu.

Selain itu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sikamat berkata peruntukan pembangunan diagihkan mengikut pembangunan sosial sebanyak RM41.59 juta, infrastruktur (RM23.01 juta), pertanian (RM15.95 juta), pentadbiran (RM17.01 juta), kerohanian (RM10.94 juta) dan pelancongan (RM8.40 juta).

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penjawat awam atas kerjasama dan penerimaan baik perubahan kerajaan yang berlaku.

Beliau yakin dengan profesionalisme kakitangan awam yang berpegang kepada prinsip setia kepada kerajaan sekarang.

“Perkhidmatan awam merupakan institusi penting yang menyokong dan mendukung setiap dasar yang digubal oleh kerajaan dan sebagai tulang belakang dan benteng terakhir sesebuah kerajaan.

“Tidak lupa juga penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan kepada semua pihak yang memberi sumbangan dalam menjamin keselamatan, keamanan dan membangunkan negeri ini,” katanya.

Persidangan itu kemudiannya ditangguh esok. – BERNAMA

Tags: Aminuddin Harun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

06/02/2020
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kesal Pegawai MB N.Sembilan Hina Wartawan ‘Bingai’

25/04/2019
0

SEREMBAN - Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) kesal dengan kenyataan pembantu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggelarkan wartawan Sinar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd