• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Digesa Gubal Akta Antilompat Parti

oleh
13/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang senator hari ini menggesa kerajaan agar menggubal Akta Antilompat Parti bagi memastikan kesetiaan dan integriti wakil rakyat kepada pengundi mereka.

Datuk Lee Tian Sing berkata ia penting kerana kebelakangan ini ramai wakil rakyat mengambil tindakan melompat parti dan ini amat mengecewakan rakyat yang mengundi mereka.

“Pengundi mengundi kerana menyokong parti politik bukan hanya calon semata-mata, maka jika wakil rakyat lompat parti selepas menang, mereka telah mengkhianati mandat rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Negara hari ini.

Membahas lanjut, Lee berkata tindakan keluar parti mungkin dikaitkan dengan kebebasan berpersatuan, tetapi ia nyata bertentangan dengan prinsip demokrasi negara ini dan boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan.

“Kalaulah seorang calon politik itu semasa pilihan raya dia sebagai calon Bebas, jika menang dia boleh menyertai mana-mana parti, kerana rakyat mengundi dia kerana personalitinya, tetapi kalau seseorang calon bertanding kerana diberi watikah oleh parti, calon mempunyai ikatan dengan parti tersebut dan tidak boleh keluar parti sesuka hati,” katanya.

Katanya lagi, jika wakil rakyat yang menang mahu juga keluar parti, kemenangan mereka perlu dibatalkan dan pilihan raya perlu diadakan semula.

Tambahnya, wakil rakyat yang mempunyai perbezaan pendapat boleh menyuarakan bantahan mereka dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tidak perlu sehingga keluar daripada parti.

Dalam pada itu, Lee berkata peruntukan untuk wakil rakyat juga perlu diagihkan sama adil dan bukannya terdapat perbezaan seperti sekarang ini.

Katanya, peruntukan perlu adil kerana wakil rakyat dipilih oleh rakyat dan mereka berhak mendapat manfaat peruntukan berkenaan.

Persidangan bersambung Isnin – BERNAMA

Tags: Lompat Parti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

12/07/2024
0

Putrajaya : Pemecatan enam Ahli Parlimen yang merupakan bekas ahli Bersatu tidak ditakrifkan sebagai lompat parti sehingga mereka perlu mengosongkan...

Hampir 40 Ahli Parlimen Thailand Lompat Parti Sertai Parti Bhumjaithai

Hampir 40 Ahli Parlimen Thailand Lompat Parti Sertai Parti Bhumjaithai

17/12/2022
0

BANGKOK: Parti Bhumjaithai Thailand yang popular dengan dasar 'menghalalkan' ganja, menerima penyertaan puluhan ahli Parlimen dari parti lain menjelang pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd