• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepala Manusia Dalam Timbunan Sampah?

oleh
04/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Pengunjung premis perniagaan dan penduduk di Taman Wawasan di Parit Buntar, gempar apabila menemui sesuatu seperti kepala manusia tertimbus di dalam timbunan sampah di lorong belakang premis di situ, 6 petang hari ini.

Berikutan itu, mereka menghubungi pihak polis bagi memaklumkan penemuan itu dengan lokasi kejadian mula dipenuhi orang ramai.

Anggota polis yang tiba kemudian segera menjalankan siasatan, namun suasana yang cemas itu bertukar jenaka apabila rambut dan kepala yang disangka manusia sebenarnya adalah kepala patung yang kebiasaan digunakan sebagai pameran di premis menjual pakaian.

Malah, tindakan seorang daripada anggota penyiasat menjentik kepala itu beberapa kali dan mengangkatnya, mengundang ketawa orang ramai yang hadir di lokasi berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada kepala patung itu dibuang atau sengaja diletakkan di situ dengan tujuan yang tidak pasti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi berkata, polis menganggap perkara itu sebagai tiada kes dan tidak melakukan sebarang tindakan lanjut. – Harian Metro

Tags: kepala
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Terselamat Selepas Pisau 8 Inci Ditusuk Di Kepala

08/10/2018
0

SEORANG lelaki di Rusia terselamat daripada maut selepas sebilah pisau yang ditusuk dalam tengkoraknya 'membantunya bernafas dengan lebih baik'. Yury...

Rusa Kepala Dua Tanda Kecacatan Hidupan Liar

15/05/2018
0

KAJIAN terhadap seekor anak rusa berkepala dua adalah rekod terbaru dikira sebagai kes yang melibatkan kecacatan anggota hidupan liar. Jurnal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd