• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusa Kepala Dua Tanda Kecacatan Hidupan Liar

oleh
15/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJIAN terhadap seekor anak rusa berkepala dua adalah rekod terbaru dikira sebagai kes yang melibatkan kecacatan anggota hidupan liar.

Jurnal Sains American Midland Naturalist di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan tersebut baru-baru ini yang disiarkan kepada umum.

Haiwan tersebut telah ditemukan oleh seorang pencari cendawan berhampiran Sungai Mississippi, Minnesota pada Mei 2016, lapor The Independent.

Lelaki terbabit segera memaklumkan kejadian tersebut pada jabatan berke­naan dan anak rusa yang mati ketika dilahirkan itu telah dibekukan melalui pelaksa­naan nekropsi.

Saintis hidupan liar Jabatan Sumber Asli Minnesota, Dr. Gino D’Angelo berkata, kejadian tersebut sangat unik dan menjadi kajian buat para saintis.

“Ia adalah luar biasa dan jarang berlaku. Daripada puluhan juta yang dilahirkan setiap tahun di Amerika Syarikat, mungkin ada kelainan yang berlaku di alam liar yang kita tidak tahu,” katanya yang juga penulis dalam jurnal American Midland Naturalist.

Beliau telah menggunakan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Pengimbasan To­mografi Berkompu­ter (CT Scan) ke atas anak rusa tersebut.

Penyelidikan itu mendapati anak rusa berkenaan memiliki kepala dan leher yang berasingan namun ia berkongsi pada satu badan.

Manakala organ dalaman, anak rusa tersebut mempunyai hati yang sama namun limpa dan saluran pencernaan adalah berasingan. Jantung yang berbeza tetapi terkandung dalam satu perikardium.

Ujian makmal yang dilakukan pada paru-paru rusa muda itu menunjukkan haiwan tersebut tidak pernah bernafas.

Sejak 1671, hanya 19 kes haiwan kembar yang disahkan berlaku di kalangan haiwan liar.

Terdahulu, terdapat dua kes anak rusa ekor putih berkepala dua yang dilaporkan tetapi ke­dua-duanya mati dalam kandu­ngan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: hidupan liarkepalarusa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tertembak 2 Rakan Disangka Rusa

Tertembak 2 Rakan Disangka Rusa

23/05/2024
0

KOTA BELUD : Seorang lelaki tertembak dua rakannya yang disangka rusa ketika mereka berada di kawasan kebun di Kampung Gaur,...

Zoo Seluruh Negara Perlu RM8 Juta Tampung Kos Operasi

13/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM8 juta diperlukan 14 zoo dan 20 pusat Pameran Tetap Hidupan Liar (ZPT) di seluruh negara bagi meneruskan kelangsungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd