Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Kerana Mahu Cantik, Wanita...

KES maut untuk cantik bukan perkara baru, namun kerana ketaksuban untuk kelihatan menarik,...

ATM Siap Siaga Ugutan...

KUALA LUMPUR- Angkatan Tentera Malaysia meningkatkan tahap kesiapsiagaan, antaranya menumpukan kepada ancaman siber...

1,500 Terkandas Di KLIA...

PUTRAJAYA - Kira-kira 1,500 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),...

Pencarian MH370: Kerajaan Hantar...

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini memutuskan untuk menghantar delegasi ke Canberra, Australia...

Kenaikan Harga Telur, KPDNHEP Siasat Sama Ada Wujud Unsur Kartel

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat sama ada kewujudan aktiviti kartel menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu sejak beberapa bulan lepas.

Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata aktiviti kartel seperti penetapan harga secara pakatan, pembahagian kawasan persaingan dan menghadkan pengeluaran bersama-sama antara pengeluar dan pemborong telur, boleh diambil tindakan di bawah Akta Persaingan 2010.

Menurutnya, dalam kes sebelum ini, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pernah mengambil tindakan terhadap pengusaha ais di Selangor yang berpakat naikkan harga sehingga RM1.50.

Saifuddin berkata KPDNHEP menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kenaikan harga telur terutamanya sejak pertengahan November antaranya di Pulau Pinang, Sarawak dan Putrajaya.

“Pada minggu pertama November, harga telur gred A di Putrajaya naik daripada RM3.98 (10 biji) kepada RM5.11. Minggu ketiga turun pula kepada RM4.04. Lepas naik mendadak, boleh pula turun. Harganya selepas itu kekal kira-kira RM4,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini.

Menurutnya, antara alasan yang diberikan pihak pengeluar dan pemborong termasuk keadaan cuaca, perbezaan nilai Ringgit, kos makanan ayam mahal dan peningkatan kos utiliti penternak ayam.

Saifuddin berkata KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan di peringkat pengeluaran, pengedaran dan pemborong di seluruh negara sejak Jumaat lepas bagi mengesan punca peningkatan tersebut berlaku.


“Jika didapati peniaga sengaja menaikkan harga telur bagi tujuan mengambil keuntungan yang tidak munasabah, pihak kementerian tidak teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya.

Beliau berkata KPDNHEP juga akan mengadakan perbincangan dengan MyCC dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi memastikan tindakan efektif bagi menangani kenaikan harga tersebut termasuk faktor cuaca dan penyakit.

KPDNHEP juga katanya sedang mengkaji cadangan untuk menghadkan atau menghentikan pengeksportan telur ke luar negara bagi memastikan bekalan di pasaran domestik mencukupi.

Saifuddin berkata pengeluaran telur dalam negara ketika ini adalah 120 peratus, lebih daripada mencukupi untuk menampung permintaan dalam negara yang sepatutnya menyumbang kepada penurunan harga sumber protein itu.

“Kami akan teliti sama ada ini boleh dilakukan, walaupun untuk jangka pendek kalau itu boleh membantu menurunkan harga telur,” katanya sambil menambah perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. – BERNAMA

Kategori