• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Penyelesaian, Pegang Prinsip Keadilan Sejagat

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata semua pihak yang terlibat bagi menyelesaikan isu Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, tidak sepatutnya mempertahankan kaum atau agama masing-masing sahaja tetapi berpegang teguh kepada prinsip keadilan sejagat.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata kebijaksanaan para pemimpin di semua peringkat amat diperlukan dalam menangani sentimen perkauman dan agama bagi mengelakkan menjadi krisis berpanjangan.

“Pihak yang terlibat harus terima dan dapat maklumat yang benar mengenai apa yang berlaku supaya dapat diselesaikan dengan baik.

“Keputusan akhir yang dibuat mesti dihormati sama ada dalam kalangan pihak yang setuju atau sebaliknya.

“Kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat adalah jauh lebih penting, jangan izinkan negara ini tercemar dengan sensitiviti antara kaum sehingga ia terus berkembang,” katanya dalam ucapan pada Majlis Jamuan Muhibbah Deepavali dan perasmian Dewan Majestic di sini.

Beliau mengulas mengenai insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman itu awal minggu ini sehingga menyebabkan penjawat awam cedera.

Anwar berkata keganasan tidak sepatutnya dijadikan kaedah untuk menyelesaikan apa jua isu yang berbangkit dan dalam hal ini setiap lapisan masyarakat mesti memberi sokongan padu kepada pasukan keselamatan melaksanakan tugas tanpa diganggu bagi memelihara keamanan dalam masyarakat.

“Jangan benarkan tolak ansur terhadap dalang yang melakukan keganasan. Saya tidak peduli jika yang terlibat adalah Melayu, Cina atau India,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimkekecohan kuil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd