• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadilan Untuk Adib: Dakwa Ganabatirau, Waytha & 3 Menteri Lain

oleh Ahmad Albab
18/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Pergerakan Pemuda UMNO melahirkan rasa amat sedih dan simpati dengan kematian Anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim setelah mengalami cedera parah akibat dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 26 dan 27 November lalu. Pemuda UMNO turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

2. Demi keadilan buat Adib, Pemuda UMNO mendesak agar pendakwaan segera dilakukan terhadap mereka yang bertanggungjawab di atas kematian anggota Bomba yang hanya cuba menjalankan tugas pada malam kedua rusuhan berlaku.

3. Pemuda UMNO juga mendesak agar pihak Peguam Negara segera mengambil tindakan tegas terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor V. Ganabatirau dan empat orang Menteri lain termasuk Menteri Perpaduan P Waytha Moorthy, M Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jaykumar, dengan mendakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengeluarkan kenyataan dengan niat mengaibkan dan membangkitkan pecah keamanan.

4. Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Menteri Dalam Negeri di Parlimen, serangan pada 26 November ke atas Kuil Sri Maha Mariamman tiada kaitan agama mahupun kaum. Sebaliknya pertelingkahan antara kumpulan samseng yang diupah pemaju dengan penganut Hindu kuil berkenaan.

5. Walaubagaimanapun, akibat daripada status facebook yang dimuat naik pada siang 27 November oleh Exco Selangor V Ganabitirau yang mendakwa serangan ke atas Kuil dilakukan oleh orang Islam, ditambah dengan kenyataan bertulis 4 orang Menteri India diketuai Menteri Perpaduan P Waytha Moorthy yang menyalahkan Polis DiRaja Malaysia yang didakwa gagal menangani insiden rusuhan pada malam pertama, telah membangkitkan kemarahan 10,000 kaum India yang keluar beramai-ramai pada malam kedua dengan melakukan rusuhan, mencedera dan seterusnya menyebabkan kematian anggota Bomba yang tidak berdosa.

6. Pemuda UMNO mahu siasatan dan pendakwaan dilakukan secara telus, adil dan tidak pilih kasih. Keadilan mesti dilihat ditegakkan lantaran melibatkan nyawa seorang penjawat awam yang tidak berdosa. “Not only must justice be done, it must also be seen to be done”.

7. Pemuda UMNO sekali lagi mendesak P. Waytha Moorthy untuk meletak jawatan selaku Menteri Perpaduan kerana bukan sahaja ternyata GAGAL menjernihkan ketegangan kaum yang tercetus tetapi sebaliknya turut menyalakan api kemarahan kaum India dengan menyalahkan Polis sehingga tercetusnya rusuhan lebih dahsyat pada malam kedua di Kuil Sri Maha Mariamman.

8. Selaku anggota Pentadbiran Kerajaan, mereka seharusnya mengelak dari menggunakan sentimen perkauman dalam mengeluarkan kenyataan.

9. Sehubungan dengan ini juga, Pemuda UMNO meminta orang ramai agar sentiasa bertenang dan mengelakkan daripada mencetuskan apa jua bentuk sentimen perkauman mahupun agama daripada tragedi ini yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

#Justice4Adib
#KeadilanUntukAdib

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

18 Disember 2018

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi DusukiMuhammad Adib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd