Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Sultan Nazrin Sampai Tauliah...

TANJUNG MALIM - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyampaikan...

“Kluster ‘Oversea’ Menjengkelkan, Rindu...

KUALA LUMPUR - Seorang petugas barisan hadapan menyifatkan kluster baharu pesakit jangkitan koronavirus...

1,564 Kemalangan Di Selangor...

SHAH ALAM - Sebanyak 1,564 kes kemalangan termasuk 10 kemalangan maut yang melibatkan...

Kerajaan Akan Bentang RUU...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menerusi Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dalam...

KBS Rangka Langkah Strategik Tangani Pengangguran Belia

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan lebih banyak program pembangunan belia bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam usaha mengurangkan jumlah pengangguran golongan itu di negara ini.

Timbalan Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata antara langkah yang akan diambil ialah meningkatkan kemahiran belia berasaskan pembangunan kerjaya mereka melalui program pembangunan belia.

“Kita juga akan memberi penekanan khusus terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam semua program anjuran KBS serta akan memperbanyakkan program berunsurkan keusahawan kepada belia,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sim menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang ingin tahu perancangan jangka panjang dan usaha kementerian dalam mengurangkan jumlah pengangguran dalam kalangan belia.

Mengulas lanjut, beliau berkata KBS juga akan meningkatkan fleksibiliti pendidikan vokasional melalui program jangka pendek seperti program ‘bootcamp’ selain melaksanakan kerjasama dengan pemegang taruh mengenai perkongsian data melalui portal Youth Entrepreneur Network (YEN) serta menambah jumlah program kerjaya yang memfokuskan golongan belia terpinggir.

Ketika menjawab soalan tambahan Shabudin berkaitan inisiatif kementerian bagi menangani sikap segelintir belia yang tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk membina karier mereka, Sim berkata KBS akan melancarkan sebuah program baharu berkonsepkan pemupukan nilai Rukun Negara pada tahun depan.


“Kita lihat belia kita sebagai rakan strategik, kita tidak lihat pada sikap mereka dan kita ingin bantu merangka masa depan mereka.

“Jadi KBS pada tahun depan akan memperkenalkan program Sekolah Kepimpinan Masa Depan menggantikan Program Latihan Khidmat Negara yang akan menyasarkan golongan belia masih bersekolah, program ini untuk memupuk nilai tradisional berasaskan Rukun Negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori