• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Perempuan 4 Tahun Maut Dalam Kebakaran

oleh
17/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut manakala bapa dan adik lelakinya melecur dalam kebakaran di bilik tidur sebuah banglo dua tingkat di Seksyen 12 di sini, malam tadi.

Mangsa, Daaniys Humayra Mohd Shafie meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Shah Alam sementara bapanya, Mohd Shafie Mohd Salih melecur di bahagian kepala, badan serta tangan manakala adik lelaki mangsa, Eiman Haider Mohd Shafie berusia setahun, melecur di bahagian tangan, kaki serta sebahagian kepala.

Ibu mangsa, Yusmaliza Mohamad Yusoff, 31, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamarudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran kira-kira pukul 9.17 malam tadi sebelum tiba di tempat kejadian 10 minit selepas itu.

“Ketika anggota kami tiba, bapa mangsa didapati telah berjaya keluar dari premis itu bersama kedua-dua anaknya dan semasa anggota EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) periksa mangsa (Daaniys Humayra) ketika itu masih ada nadi.

“Kesemua mangsa seterusnya dikejarkan ke Hospital Shah Alam oleh EMRS namun kanak-kanak perempuan itu kemudian disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital berkenaan. Mangsa turut mengalami kecederaan hampir serupa dengan adik lelakinya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut Azmel, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 9.30 malam dan ia hanya melibatkan bilik tidur belakang di tingkat atas banglo berkenaan yang mempunyai lapan buah bilik keseluruhan.

Beliau berkata siasatan pihaknya mendapati hanya mangsa dan adiknya berada di bilik berkenaan ketika kejadian dan ketika kebakaran berlaku kedua-duanya sedang tidur.

“Menurut ibu mangsa, bapa mangsa melecur teruk kerana bertindak meredah api dua kali untuk selamatkan anak-anak mereka. Ketika kejadian tidak pasti sama ada datuk mangsa ada di rumah namun nenek mangsa dipercayai dibawa anggota keluarga lain pergi bercuti.

“Mangsa sekeluarga dipercayai datang ke banglo itu ‘on and off’ (kadang-kadang) kerana mereka menetap di tempat lain,” katanya menambah punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd