• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Rugi RM4,200 Ditipu Kenalan Instagram Di Miri

oleh
13/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang jururawat wanita di sini kerugian RM4,200 ditipu lelaki dari Amerika Syarikat yang hanya dikenali melalui Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, wanita berusia 27 tahun itu mula mengenali lelaki warga Amerika yang memperkenalkan diri sebagai Jackson melalui Instagram awal bulan ini sebelum berhubung menerusi aplikasi Whatsapp.

“Lelaki itu dikatakan meminta pertolongan daripada wanita berkenaan untuk menyimpan wang miliknya sebanyak USD20,000, namun pada mulanya wanita itu enggan berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata selepas dipujuk wanita itu akur dan berjanji untuk membantu lelaki berkenaan dan Ahad lepas lelaki itu menghubunginya untuk memberitahu wang sudahpun dikirim melalui seorang rakan bernama Michael.

“Lelaki berkenaan mendakwa wang itu ditahan Kastam di Kuala Lumpur dan untuk melepaskannya, wanita itu diminta memasukkan RM4,200 ke akaun sebuah syarikat,” katanya.

Beliau berkata selepas membuat pemindahan wang melalui talian (online) ke dua akaun, wanita itu baru menyedari yang ia adalah satu penipuan, dan membuat laporan polis semalam.

Untuk kes kedua membabitkan Parcel Scam, Mustafa Kamal berkata seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh am berusia 40 tahun di Bintulu kerugian RM2,950 ditipu oleh seorang wanita bernama Hanna M yang dikenali menerusi laman media sosial.

“Pada Isnin lepas lelaki itu diberitahu Hanna M mengirim IPhone 7plus, Samsung Tab, jam tangan, minyak wangi, bunga dan wang 10,000 Pound Sterling,” katanya.

Beliau berkata lelaki itu menerima panggilan telefon semalam daripada seorang wanita bernama Syafiqah kononnya daripada pihak Kargo Subang Jaya, meminta lelaki berkenaan membayar RM2,950, kononnya bayaran cukai.

“Lelaki itu memasukkan RM2,950 ke satu akaun bank seperti yang diarahkan perempuan itu dan sekali lagi dia (kemudiannya) dihubungi oleh wanita sama meminta RM5,270 lagi,” katanya sambil menambah lelaki itu enggan berbuat demikian dan terus membuat laporan polis semalam. – BERNAMA

Tags: ditipu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

20/11/2023
0

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian...

150 Individu Dakwa Rugi RM830 Juta Ditipu Sindiket Pelaburan

150 Individu Dakwa Rugi RM830 Juta Ditipu Sindiket Pelaburan

11/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Tawaran keuntungan antara 15 hingga 17 peratus antara taktik digunakan sindiket penipuan pelaburan untuk menarik dan memerangkap lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd