• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janji Manifesto Belum Ditunaikan Bukan Penipuan

oleh
26/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Mana-mana janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang belum ditunaikan bukan merupakan satu penipuan.

Pengerusi PH Kelantan, Datuk Husam Musa berkata malah tuduhan ‘menipu’ rakyat yang dilontarkan oleh segelintir pihak terhadap kerajaan persekutuan ketika ini adalah tidak tepat.

“Rumah saya dah tiga hari tak ada air tapi saya tak pernah kata kerajaan Kelantan menipu saya. Tak semestinya apa yang kerajaan (Persekutuan) belum laksanakan itu satu penipuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Jawatankuasa Belia, Sukan, Seni dan Budaya yang ditubuhkan Pakatan Harapan (PH) di Kelantan bagi bantu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Pejabat MOTAC Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah MOTAC Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud dan Pengarah Tourism Kelantan Hafiz Hazim.

Husam mengulas dakwaan Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dilaporkan berkata rakyat kini diberi peluang menilai janji PH yang belum ditunaikan selain kemelut dalaman gabungan parti dalam komponen berkenaan.

Dalam pada itu, Husam berkata Mohd Amar sepatutnya meramalkan nasib parti sendiri pada PRU15 dan tidak hanya membuat ramalan kepada parti-parti lain.

“Dia (Mohd Amar) ramal PH tak akan jadi kerajaan Persekutuan (selepas PRU15) tapi dalam masa yang sama, adakah PAS (yang) akan jadi kerajaan (Persekutuan). Tidak semestinya (PAS) walaupun (ketika itu) PH tidak lagi menjadi kerajaan.

“Pada pendapat saya Mohd Amar (kena) ramal nasib PAS dahulu bukan nasib PH. Banyak ramalan beliau yang tak menjadi (sebelum ini),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Husam Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Gunanya Politik Dendam – Mahfuz Omar

02/06/2018
0

PETALING JAYA - Pekeliling larangan memasuki istana yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan terhadap dua pemimpin parti Amanah Negara (Amanah) sejak...

Husam Bertanding Di Parlimen Kota Bharu

27/04/2018
0

KOTA BHARU - Pakatan Harapan (PH) Kelantan hari ini mengumumkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Uumum ke-14 (PRU14) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd