• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Husam Bertanding Di Parlimen Kota Bharu

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) Kelantan hari ini mengumumkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Uumum ke-14 (PRU14) yang antara lain menyaksikan pengerusi gabungan itu, Datuk Husam Musa, bertanding kerusi Parlimen Kota Bharu.

Husam, yang juga Naib Presiden PAN, turut mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor yang dimenangi atas tiket PAS pada PRU13, demikian menurut Setiausaha PH Kelantan, Mohd Mazlan Ab Rahman dalam majlis memperkenalkan calon di Kadok, dekat sini, malam ini.

“Secara keseluruhan PH akan bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi DUN di Kelantan,”katanya.

Berdasarkan jumlah itu Amanah akan bertanding di empat kerusi Parliman dan 23 kerusi DUN, PPBM (tujuh Parlimen, 13 DUN) manakala PKR bertanding di tiga kerusi Parlimen dan sembilan kerusi DUN.

Selain itu, PH juga akan mempertaruhkan Datuk Nordin Salleh untuk bertanding di Parlimen Tumpat, Mohamad Ibrahim (Pengkalan Chepa), Che Ujang Che Daud (Pasir Mas), Wan Shah Jihan Wan Din (Rantau Panjang), Abdul Halim Yusof (Kubang Kerian) dan Zulkifli Zakaria di Parlimen Bachok.

Dr Mohd Radzi Mohd Jidin (Ketereh), Dr Muhamad Fauzi Zakaria (Tanah Merah), Datuk Kamaruddin Md Noor (Pasir Puteh), Datuk Sazmi Miah (Machang), Azran Deraman (Jeli), Dr Ir Mohd Yazid Abdullah (Kuala Krai) dan Mohd Nor Husin (Gua Musang).

PH Kelantan turut mempertaruhkan 10 calon muda, antaranya Mohd Hisyamuddin Ghazali di DUN Apam Putra (dahulu dikenali Bukit Tuku) dan Zulhazmi Hassan (Panchor).

Tiga calon wanita turut diketengahkan PH Kelantan iaitu Nik Faizah Nik Othman (Kelaboran), Dr Hafidzah Mustakim (Tanjong Mas) dan Noraini Husain (Paloh).

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman turut diumumkan untuk bertanding di DUN Kota Lama. – BERNAMA

Tags: Datuk Husam Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Janji Manifesto Belum Ditunaikan Bukan Penipuan

26/12/2018
0

KOTA BHARU - Mana-mana janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang belum...

Tiada Gunanya Politik Dendam – Mahfuz Omar

02/06/2018
0

PETALING JAYA - Pekeliling larangan memasuki istana yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan terhadap dua pemimpin parti Amanah Negara (Amanah) sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd