• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Jadikan Musim Tengkujuh Pesta Mandi Manda

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Polis meningatkan orang ramai agar tidak menjadikan musim tengkujuh sebagai ‘pesta’ mandi-manda kerana ia dikhuatiri boleh mengancam nyawa mereka.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata penduduk terutama yang tinggal berhampiran kawasan berisiko banjir seperti sungai, pantai, lombong dan tasik perlu lebih berwaspada.

“Bukan sahaja kanak-kanak malah golongan dewasa juga dilihat seolah-olah mempertaruhkan nyawa dengan mandi di kawasan sungai yang arusnya deras. Ibu bapa juga harus sentiasa memantau dan jangan sesekali membenarkan anak-anak mandi di kawasan merbahaya apatah lagi pada musim tengkujuh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Hari Bertemu Pelanggan Polis Diraja Malaysia Daerah Setiu di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, di sini hari ini.

Aidi mengeluarkan nasihat itu susulan insiden seorang guru, Abd Rauf Mohd Zulkarnain, 27, yang hilang dan dikhuatiri lemas akibat dibawa arus deras ketika mandi di sungai bersama beberapa yang lain di Kampung Buluh di sini semalam.

Beliau berkata walalupun banjir besar belum melanda negeri ini, orang ramai tidak harus memandang remeh keadaan arus sungai di musim tengkujuh.

Dalam pada itu, penghuni pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Latihan Darul Iman di Teluk Kalong, Chukai mengikuti taklimat keselamatan yang disampaikan pihak bomba antaranya meliputi teknik asas memadam kebakaran di dapur rumah dan teknik keselamatan di dalam air.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab Rahim berkata pihaknya memberi taklimat itu di PPS yang menempatkan ramai mangsa banjir sebagai inisiatif mengisi masa terluang mereka dan berharap ia dapat dimanfaatkan apabila menghadapi situasi kecemasan.

“Sekurang-kurang mereka faham apa tindakan awal yang boleh diambil untuk menyelamatkan nyawa atau mengelak perkara lebih buruk berlaku sekiranya berlaku kebakaran atau kesukaran di air,” katanya.

Sukarelawan di PPS itu, Ridhwan Shah Syaipul Haq, 18, berkata beliau seronok mendengar taklimat keselamatan di air kerana ia sangat penting untuk dipelajari.

“Saya tengok tadi ramai kanak-kanak yang fokus mendengar taklimat bomba tentang alat yang boleh digunakan dalam keadaan cemas di air seperti bola, bekas plastik yang besar dan plastik sampah yang boleh terapung,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd