Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

4 Bot Nelayan Vietnam...

KEMAMAN - Empat bot nelayan Vietnam yang menangkap hasil laut di perairan Kemaman...

Tersadai 20 Jam, Pengantin...

SEPASANG bakal pengantin baharu di China yang dalam perjalanan ke majlis perkahwinan mereka...

SOP Baharu Kebenaran Pulang...

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu...

Operasi Cari Acap Sah...

IPOH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019,...

Elak Jadikan Masjid Pentas Ceramah Politik Kepartian

PARIT BUNTAR – Mana-mana pihak termasuk parti politik diminta tidak menjadikan masjid sebagai tempat ceramah politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata ini kerana masjid adalah tempat untuk menyebarkan kebaikan dan harus bebas daripada politik kepartian yang menggunakan platform berkempen untuk mempromosikan parti.

“Mereka akan bawa isu bagi kepentingan politik termasuk maki hamun, munafik orang lain dengan menggunakan ayat al-Quran kononnya mereka betul.

“Garis panduan konsep rahmatan lil ‘alamin adalah orang Islam tidak maki orang dan tidak jadikan masjid platform untuk kepentingan politik dan tidak timbulkan kebencian antara agama,” katanya dalam sidang media selepas Dialog Pasca Bajet 2019 kepada kakitangan kerajaan daerah Kerian dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di Dewan Kerian Permai di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai Pejabat Agama Daerah Pokok Sena, Kedah melarang Ketua Dewan Ulama Pas Pahang Ustaz Mokhtar Senik menyampaikan ceramah di Masjid Sungai Durian, Pokok Sena di Kedah, malam tadi.
Pegawai Agama Daerah Pokok Sena, Syeikh Ahmad Shukri Mohamed berkata pihak pengurusan masjid tidak memohon kebenaran dari pejabat agama.


Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan sinonim dengan usaha untuk memakmurkan masjid.

“Kalau ceramah politik di masjid hentikan dan kalau nak menyumbangkan ilmu dengan penuh amanah dan tanggungjawab perlu memastikan apa yang disampaikan itu menyatukan umat Islam dan kita hidup dalam hormat menghormati,” katanya. – BERNAMA

Kategori