• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Dari Qatar Mahu Melabur Dalam Projek Kereta Nasional Ketiga

oleh
17/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, hari ini mendedahkan, terdapat individu dari Qatar yang mahu melabur di dalam projek kereta nasional ketiga cetusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tanpa memberikan butiran secara terperinci, Khalid berkata, individu berkenaan menyatakan hasrat untuk melabur sebanyak US$400 bilion (RM1.6 trilion) di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Bagi Malaysia, individu berkenaan ingin melabur dalam projek kereta nasional ketiga.

“Tun Dr. Mahathir berjumpa dengan Syeikh Qatari dari Qatar yang hendak melabur US$400 bilion di seluruh dunia dengan sebahagiannya di Malaysia… Tun Dr. Mahathir memberitahu, kamu ada duit, kami ada kepakaran. Dalam kabinet kita dah letakkan syarat, nak buat kereta ketiga, jangan guna duit kerajaan, kerajaan tak ada duit.

“Tetapi kalau private initiative (inisiatif swasta), apa salahnya Qatar nak buka kilang buat kereta di Malaysia guna kepakaran Malaysia, duit daripada dia (individu Qatar), takkan kita nak bantah kalau dia boleh buat, apa salahnya, lagi banyak pekerjaan (akan diwujudkan), kita pun ada pengalaman,” katanya.

Abdul Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah, berkata demikian pada ucapan penangguhan dan penggulungan pimpinan nasional pada Konvensyen Nasional Amanah 2018, di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: Khalid Abdul Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Ahli Parlimen KL Dilantik Anggota Majlis Menteri

30/05/2019
0

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan pelantikan enam Ahli Parlimen di Kuala Lumpur sebagai anggota Majlis Menteri...

Pelaburan Qatar Diintai Bagi Projek Kereta Nasional Ketiga

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini menjelaskan bahawa pihak yang berpotensi untuk melabur dalam projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd