• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Ahli Parlimen KL Dilantik Anggota Majlis Menteri

oleh
30/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan pelantikan enam Ahli Parlimen di Kuala Lumpur sebagai anggota Majlis Menteri berkuat kuasa serta-merta.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Nik Nazmi Ahmad (Setiawangsa) yang dilantik mengisi portfolio Jawatankuasa Pendidikan, Fong Kui Lun (Bukit Bintang, Pelancongan Seni dan Budaya), P. Prabakaran (Batu, Belia dan Sukan).

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Kesihatan dan Hal Ehwal Wanita), Lim Lip Eng (Kepong, Trafik dan Infra) dan Ahmad Fahmi Fadzil (Lembah Pantai, Sosial dan Pembangunan Ekonomi).

Menurut Khalid, keenam-enam Ahli Parlimen terbabit tidak memegang sebarang jawatan sama ada sebagai Menteri, Timbalan Menteri atau pun Duta Khas dan pelantikan bagi membolehkan mereka terlibat dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata, surat pelantikan telah diserahkan kepada mereka semasa mesyuarat Majlis Menteri yang diadakan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 27 Mei lalu.

“Pelantikan ini bertujuan untuk membantu Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan DBKL menjalankan fungsi-fungsi yang disebut dalam portfolio tersebut.

“Pelantikan juga akan memberi pengalaman kepada Ahli Parlimen terbabit dalam pentadbiran kerajaan dan menimba pengalaman dalam usaha membina pelapis.

“Kalau tidak mereka kekal sebagai Ahli Parlimen, maka kita khuatir mereka tidak faham peranan mereka sebagai Ahli Parlimen kerajaan, tetapi lebih sebagai Ahli Parlimen pembangkang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Khalid, kebanyakan portfolio terbabit akan dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, kecuali portfolio Pelancongan, Seni dan Budaya dipengerusikan beliau dan portfolio Sosial dan Pembangunan Ekonomi dipengerusikan Timbalan Menteri, Datuk Dr. Shahrudin Mohd. Salleh.

Jelasnya, dengan pelantikan tersebut juga menyaksikan kesemua 11 Ahli Parlimen di Kuala Lumpur telah dimanfaatkan dengan diberi ruang dan peranan dalam pentadbiran kerajaan khususnya DBKL.

Bagaimanapun katanya, enam Ahli Parlimen terbabit tidak diberi elaun tetap sebaliknya hanya diberi elaun hadir mesyuarat.

“Saya berharap dengan pelantikan ini, semua yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik bagi membantu portfolio masing-masing di KWP dan DBKL.

“Saya juga berharap mereka dapat berhubung terus dengan badan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam menjalankan tugas-tugas mereka,” katanya.

Tags: DBKLKhalid Abdul SamadKWPmajlis menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd