• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 30K Dijangka Sertai Himpunan Aman 812

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan aman kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dijadualkan berlangsung di Jalan Raja, di sini, hari ini.

Berdasarkan maklumat sumber yang diterima, tempahan hotel kawasan sekitar Jalan Masjid India, Jalan Silang, Pasar Seni, Bukit Bintang, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) serta Jalan Pudu, tidak mencatatkan jumlah luar biasa.

Sebaliknya jumlah tempahan bilik hotel masih berada pada tahap sama seperti hari-hari sebelum ini.

Berkemungkinan sebahagian besar peserta tiba pada pagi ini dengan menaiki bas-bas atau kenderaan yang disewa atau datang dari kawasan berhampiran sekitar Lembah Klang.

Sumber juga memaklumkan, antara lokasi titik pertemuan yang disarankan untuk peserta berkumpul sebelum bermulanya perhimpunan adalah di hadapan pusat beli-belah Sogo, kawasan perkarangan stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Tun Perak serta Masjid Negara sebelum bergerak menuju ke hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, menjelang jam 1 tengah hari.

Khamis lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya akan menutup enam jalan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur, disebabkan perhimpunan berkenaan bermula jam 6 pagi hari ini.

Antara jalan berkenaan adalah Jalan Sultan Hishamuddin (sebelum terowong), Leboh Pasar, Jalan Tun Perak (bermula di stesen LRT Masjid Jamek), Jalan Tuanku Abdul Rahman (berhampiran Sogo), Jalan Raja Laut (berhampiran Hotel Summit) dan Bulatan Dato’ Onn (berhampiran Bank Negara).

Katanya, polis akan mengambil tindakan tunda dan saman kepada kenderaan yang dikesan melanggar peraturan jalan raya, undang-undang serta arahan pihak berkuasa.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222, IPD Brickfields di talian 03-22979268, dan pusat kawalan polis Kuala Lumpur di talian 03-21460532 (sambungan 584/585) atau mana-mana balai polis berhampiran. – BH ONLINE

Tags: ICERDPerhimpunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd